Iqram Dinzly – Saya Cukup Pantang

Orang Yang Rasa Cukup Solat, Hukum Orang



Iqram Dinzly – Saya Cukup Pantang

Iqram Dinzly - Saya Cukup Pantang

Seperti yang kongsikan oleh Astro Gempak di laman sosial Tiktok, satu video dimana Iqram Dinzly  telah bersuara bahawa dia begitu pantang apabila mendengar orang yang merasa sudah sempurna solat layak menghukum orang lain.

VIA Tiktok astrogempak

“Tapi saya dengar orang yang rasa macam solat cukup ni, hukum orang. Saya cukup pantang. Dan orang freehair ni apa, kau tak yah cakap”dosa masing-masing” Tak payah- katanya.

Iqram mengatakan bahawa dia sangat pantang apabila orang yang merasa dirinya solat cukup itu, menghukum orang lain. Dia juga sempat memberi pesanan kepada orang yang membuat kesalahan seperti freehair atau tidak menutup aurat lebih baik terima teguran itu dan jangan sesekali berkata “dosa masing-masing”.

Saya Pun Ada Kekhilafan



“saya pun ada kekhilafan, cuma tutuplah aib itu sebaik mungkin”- Iqram

Katanya lagi, dia bukanlah seorang manusia yang baik dan baginya, dia juga mempunyai kesilapan dan semua orang mempunyai kesilapan di dunia ini. Namun, pesannya kepada semua, tutuplah aib tersebut sebaik mungkin.

Sekadar info, Iqram Dinzly merupakan salah seorang pelakon drama Cinta yang Hilang yang ditayangkan di Astro Prima.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker