Ziha Salleh sedia hadap kritikan netizen

Macam tak percaya tewaskan penyanyi hebat lain

Ziha Salleh sedia hadap kritikan netizen

Macam tak percaya tewaskan penyanyi hebat lain, Ziha Salleh sedia hadap kritikan netizen
Ziha tak sangka dapat kalahkan penyanyi hebat.
PENYANYI dan pelakon, Ziha Salleh tidak menyangka berjaya membawa pulang trofi bagi kategori Lagu Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) selepas tujuh tahun melibatkan diri dalam industri seni.Menerusi single Adat Kasih ciptaan Aubrey Suwito dan lirik oleh Tinta, Ziha berjaya menewaskan lagu Anakanda nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kucuma (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah), Intan Payung (Bunga & Noraniza Idris) dan Sang Purnama (Wany Hasrita & Wani Syaz).Menyedari bakal menerima kritikan netizen selepas memenangi anugerah berkenaan, Ziha atau nama sebenarnya Nor Aziha Mohd Salleh berkata dia sudah bersedia dengan apa jua pandangan orang ramai.

“Saya dah tempuh macam-macam perkara sepanjang tujuh tahun berkerja dalam industri, mesti ada pertikaian netizen. Saya juga nak dengar apa kata netizen.

“Siapa tahu, ada di antara reaksi yang diberikan boleh saya ambil sebagai pengajaran. Apa yang baik saya teruskan, apa yang kurang baik saya akan baiki,” katanya kepada mStar.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) berlangsung penuh gilang gemilang di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada 12 September lalu.

Sementara itu, Ziha mengakui bukan mudah baginya meraih kemenangan itu kerana kesemua calon memiliki potensi besar untuk merangkul trofi berkenaan.

“Memang tak dinafikan lagu-lagu dia orang memang sedap, saya sendiri dengar. Tapi saya tak sangka lagu saya berada dalam kategori yang turut disertai oleh mereka yang sangat berbakat.

Saya tak sangka kategori saya bersama mereka berbakat.

ZIHA SALLEH

PENYANYI & PELAKON

“Seperti yang kedengaran adaptasi ini seratus peratus hati saya, jiwa saya,” katanya.



Dalam pada itu, Ziha juga memberitahu genre ini merupakan kegemaran dia dan bapa membuatkannya tekad untuk meneruskan minat muzik berkenaan.

“Saya membesar di Johor Bahru dan merupakan seorang penari zapin. Saya rindu suasana zapin. Bila saya buat comeback dalam indutsri ini, bapa saya pun gemarkan lagu genre tradisional.

“Insyaallah, selepas ini saya akan teruskan usaha untuk keluarkan karya irama Malaysia dan etnik kreatif.

Ziha Salleh sedia hadap kritikan netizen
Ziha tekad teruskan genre tradisional.

“Memang dari awal lagi, ini yang saya nak… ini saya punya genre dan inilah yang akan saya pertahankan dan saya persembahankan selepas ini,” ujarnya.



Selain itu, Ziha juga turut memenangi kategori Kulit Single/Album terbaik.

Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN

 



Ziha Salleh sedia hadap kritikan netizen

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button