Presiden PCM, Huan Cheng Guan  mahu serah semua pingat dan anugerah Kerajaan Pulau Pinang tanda Protes .

 

 Oleh Adam Malik

“Saya akan serah balik 4 pingat yang saya terima  sejak 30 tahun yang dahulu . Antara pingat pingat tersebut ialah PJM , PJK , PKT dan DJN “ Huan Cheng Guan



Di atas antara kenyataan yang disampaikan kepada editorial portal My-news.online oleh Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan.

Tindakan beliau adalah rentetan protes dan rasa tidak puas hati apabila kerajaan Pulau Pinang membuat keputusan menarik semula pingat yang diberi kepada Datuk Seri Najib Razak baru2 ini.

“Regime DAP / PH Pulau Pinang tidak konsistant dan mengamal practise double standard . DS Anwar Ibrahim pun pernah masuk ke penjara , kenapa anugerahnya dari Pulau Pinang tidak ditarik balik dan hanya penganugerahan dari DS Najib di tarik balik sahaja ?”



Huan boleh dikira sebagai penyokong setia Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional yang sering pertahankan DSNR waima sudah tidak menjadi Perdana Menteri pun.

 

Pendirian beliau boleh dilihat pada banyak lontaran entri fb beliau seperti dibawah ini :-



 

Huan persoal kenapa kerajaan PP tidak bertindak cara sama Ketika seorang peliwat telah didakwa dan berstatus banduan.

Apa pun Tindakan Datuk Huan , boleh lah dikira sebagai haknya sendiri dan tiada pelanggaran kepada apa2 undang2 pun.



Kami akan melaporkan selanjutnya selepas Datuk Huan menyerahkan pingat dan anugerah itu tidak beberapa lagi.

 

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button