Benarkah Penjawat Awam Di Kuasai Kartel Beras?

Benarkah Penjawat Awam Di Kuasai Kartel Beras

Benarkah Penjawat Awam Di Kuasai Kartel Beras?

Naratif yang cuba dicipta oleh pembangkang dalam masalah bekalan beras adalah ianya berpunca kelemahan kerajaan.

Persoalannya, adakah isu bekalan beras di pasaran dan juga bekalan makanan yang lain adalah soal dasar kerajaan atau soal kelemahan dalam sistem penyampaian?

Sebenarnya isu bekalan makanan di pasaran bukan isu dasar kerajaan tetapi ia merupakan isu kelemahan dalam sistem penyampaiannya.



Ini isu yang berkaitan dengan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang.

Bukan soal dasar-dasar kerajaan.

Isu ini di peringkat kakitangan awam.

Bukan isu di peringkat menteri atau orang politik.



Kerajaan bersilih ganti dan menteri datang dan pergi.

Tetapi kakitangan awam di kementerian kekal di situ sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya.

Mana mungkin mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di pasaran?

Seharus Ketua Pengarah Kementerian dan kakitangan awam yang berada di bawahnya yang harus bertanggungjawab dalam isu ini.



Ini merupakan bidang kuasa pegawai-pegawai di kementerian.

Apa yang harus diperhatikan oleh agensi penguatkuasaan ialah adakah berlaku pakatan di antara kakitangan awam dan pihak kartel yang menguasai bekalan beras di pasaran?

Persatuan pengguna seperti FOMCA dan PPIM tentunya lebih mengetahui bahawa pasaran bekalan bahan makanan di Malaysia telah dikuasai oleh pihak kartel sejak sekian lama.

Umum juga sudah mengetahui sejak sekian lama bahawa rasuah tidak hanya berlaku di kalangan ahli-ahli politik sahaja.



Bahkan rasuah sebenarnya lebih berleluasa dalam kalangan kakitangan awam.

Dalam menanggapi isu kekurangan bekalan beras di pasaran seharusnya muncung meriam tidak dihalakan kepada orang politik tetapi harus dihalakan kepada kakitangan awam.

Jadi, tidak hairanlah penjawat awam kini lebih menyenangi Perikatan Nasional berbanding kerajaan sekarang.

Sebabnya kerana di era Perikatan Nasional, jenayah rasuah boleh dibuat secara berleluasa dan terbuka.



 

Benarkah Penjawat Awam Di Kuasai Kartel Beras?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button