Bekas presiden Brazil dilucut hak bertanding dalam pilihan raya

Bekas presiden Brazil dilucut hak bertanding dalam pilihan raya

Bekas presiden Brazil dilucut hak bertanding dalam pilihan raya
Bekas presiden Brazil, Jair Bolsonaro. – FOTO AFP

Rio de Janeiro: Bekas presiden Brazil Jair Bolsonaro pada Selasa sekali lagi dilucutkan haknya untuk bertanding dalam pilihan raya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Keputusan Mahkamah Pilihan Raya Tertinggi Brazil (TSE) itu bermakna Bolsonaro tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya sehingga 2030.

Bolsonaro, yang menjadi ketua negara Brazil dari tahun 2019 hingga 2022, mungkin tidak akan terpilih untuk mana-mana jawatan awam sehingga tahun 2030, menurut keputusan Mahkamah Pilihan Raya Tinggi (TSE) Brazil.



Ini merupakan keputusan kedua mahkamah ke atas bekas presiden itu.

Pada Jun lepas, mahkamah memutuskan Bolsonaro tidak dibenarkan bertanding selama lapan tahun kerana menimbulkan keraguan terhadap sistem pilihan raya negara itu.


Bolsonaro berulang kali mempersoalkan kebolehpercayaan sistem pilihan raya dan tidak mengakui kekalahannya dalam pilihan raya kepada pemimpin berhaluan kiri yang juga Presiden semasa, Luiz Inacio Lula da Silva.

Keputusan pada Selasa itu berkaitan cuti umum pada September tahun lalu menjelang pilihan raya. Mahkamah mendapati Bolsonaro telah menyalahgunakan sambutan berkenaan untuk tujuan kempen pilihan raya.

Semasa perbarisan tentera di Brasilia dan Rio de Janeiro, Bolsonaro berkempen menentang pencabarnya Lula.

Sabitan baharu itu tidak melanjutkan larangan Bolsonaro daripada bertanding dalam pilihan raya melampaui tahun 2030.



Bagaimanapun, peguam beliau mesti merayu keputusan itu bersama-sama keputusan pada Jun jika mereka mahu Bolsonaro bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2026.

Bekas presiden Brazil dilucut hak bertanding dalam pilihan raya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Peguam Negara Tolak Representasi, Saudagar Minyak Masak Di Heret Ke Mahkamah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button