Gempa kuat landa Mexico pada ulang tahun gegaran
Gempa kuat landa Mexico pada ulang tahun gegaran
MEXICO CITY: Gempa bumi kuat melanda barat Mexico pada Isnin, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan mencetuskan panik dalam kalangan penduduknya di ratusan kilometer jauhnya di Mexico City pada ulang tahun dua gegaran dahsyat.
Gempa dengan magnitud 7.7 menurut agensi seismologi negara menggegarkan bangunan dan menyebabkan orang ramai bergegas keluar ke jalan-jalan di ibu negara.
“Saya fikir saya akan mengalami serangan jantung!” kata Gabriela Ramirez, seorang penduduk Mexico City berusia 58 tahun, yang mana ramai masih trauma dengan gempa bumi lima tahun lalu, mengorbankan ratusan nyawa.
“Kawasan ini sangat terdedah kerana banyak bangunan rosak dalam kejadian gempa bumi 2017 tidak dibaiki, jadi ia menjadi lebih teruk dan dibimbangi akan ranap,” katanya.
Dalam kejadian terbaru ini, seorang maut akibat serpihan terjatuh di sebuah pusat beli-belah di Manzanillo, Colima, kata Presiden Andres Manuel Lopez Obrador di Twitter.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRU 15 Bulan November: PH & PN Bimbangkan Keselamatan Rakyat Atau Bimbangkan Perkara Lain?
- BN Akan Jadi Parti Dominan, Calon Kluster Mahkamah Mula Menggelabah
- Mesyuarat terakhir MKT Umno sebelum bubar?
Pusat gempa terletak berhampiran pantai Pasifik, sekitar 400 kilometer barat ibu negara dan 59 kilometer ke selatan Coalcoman di negeri Michoacan, menurut ahli seismologi.
Kedalaman dianggarkan 15 kilometer.
Ia adalah gempa bumi ketiga terbesar dalam rekod melanda negara Amerika Latin itu pada 19 September.
Penggera gempa bumi Mexico City berbunyi kurang sejam selepas ibu negara itu mengadakan latihan kecemasan sebagai sebahagian daripada acara, menandakan bencana pada 1985 dan 2017.
“Ia mengerikan,” kata Karina Suarez, 37, selepas mengosongkan bangunan di mana dia tinggal di ibu negara.
“Apabila penggera berbunyi, kami tidak percaya ia benar. Sungguh mengejutkan bahawa ia bergegar sekali lagi hari ini,” tambahnya.
Mexico terletak di zon paling aktif secara seismik dan gunung berapi di dunia, yang dikenali sebagai Lingkaran Api yang mana plat Pasifik bertemu dengan plat tektonik di sekelilingnya.
Pada 19 September 1985, gempa bumi berukuran 8.1 magnitud di Mexico City mengorbankan lebih 10,000 orang dan memusnahkan ratusan bangunan.
Pada ulang tahun gempa bumi itu pada 2017, gempa 7.1 menyebabkan kira-kira 370 orang terkorban, terutamanya di ibu negara. – AFP
Gempa kuat landa Mexico pada ulang tahun gegaran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ROS Akan Batalkan Kemenangan Jawatan Timbalan Presiden PKR Yang Di Menangi Rafizi?
- Usaha Muhyiddin Cuci Tangan Dengan Menyalahkan Ismail Sabri Dalam Masalah Ekonomi
- Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :