Rossa Sera jaga hubungan baik walau tidak lagi bersama

Sambut kepulangan Shuk dari Tanah Suci, ... “Amanah bukti cinta kita dulu”

Rossa Sera jaga hubungan baik walau tidak lagi bersama

Rossa Sera jaga hubungan baik walau tidak lagi bersama

SELEPAS dua minggu berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah, pengacara dan pelawak Shuk Sahar akhirnya selamat pulang ke Malaysia.Menerusi perkongsian di Instagram Rossa Sera, dia dilihat menyambut ketibaan Shuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama anak-anaknya.

Meskipun tidak lagi bersama, Sera atau nama sebenar Rossalenah Natassyaih Asshaferah berkata dia tetap akan menjaga hubungan baik dengan pelawak itu demi anak-anak.



Rossa Sera jaga hubungan baik walau tidak lagi bersama
Sera sebelum ini turut menghantar Shuk ke lapangan terbang bagi menunaikan umrah.

“Amanah yang menjadi bukti cinta kita dahulu. Kita besarkan mereka sama-sama ya. Semoga awak dah dapat ketenangan.

“Semoga shuk jadi ayah terbaik untuk anak-anak walaupun kita dah tak bersama,” tulisnya.

Dalam rakaman video yang dikongsi itu, Shuk atau nama sebenar Mohammmad Shukri Mohamed Sahar dilihat memeluk erat kedua-dua anaknya itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 




Sementara itu, rata-rata pengikut meninggalkan komen mendoakan agar pasangan ini terus menjaga hubungan baik demi anak-anak.

Rossa Sera jaga hubungan baik walau tidak lagi bersama
Netizen memuji kekuatan Sera yang berkorban demi anak-anak.

 

Malah, ada juga yang berharap agar kedua-duanya kembali bersama seperti dahulu.

“Semoga yang baik-baik sahaja. Perkara lepas jadikan pengajaran. Untuk Shuk jangan sia-siakan peluang yang diberi oleh isteri.



“Semoga korang berjaya jadi ibu dan ayah yang terbaik. Tidak bersama bukan bererti kita bermusuhan kan.

“Tidak mengapa, ada situasi di mana tak perlu sebumbung untuk membesarkan anak yang hebat. Sera kuat!.

“Baiknya Sera! Semoga dipermudahkan segalanya untuk awak dan anak-anak,” tulis netizen.

Pada 15 September lalu, Sera memuat naik rakaman momen Shuk bersama anak-anak semasa menghantar pelawak itu mengerjakan ibadah umrah.



Untuk rekod, Sera sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu namun status rumah tangga mereka masih meninggalkan tanda tanya.

Pasangan ini berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.

SKANDAL DEDAH SEBULAN TIDUR DENGAN SHUK?



 

Rossa Sera jaga hubungan baik walau tidak lagi bersama


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button