Neelofa tunjuk telatah Bilal, comel siap pakai mask
TokTi kata ‘betullah gebu macam Afwa’
Neelofa tunjuk telatah Bilal, comel siap pakai mask
PEMINAT nampaknya semakin tak sabar untuk melihat wajah penuh anak kepada pasangan selebriti, Noor Neelofa dan Muhammad Haris Ismail atau PU Riz iaitu Muhammad Bilal.
Meskipun pasangan ini sudah semakin terbuka berkongsi telatah Bilal di media sosial, namun mereka masih memilih untuk tidak mendedahkan wajah penuh anak mereka.
Terbaharu, anak selebriti berkenaan sekali lagi menjadi tumpuan ramai selepas Neelofa memuat naik sebuah video memaparkan wajah Bilal yang ditutup dengan pelitup muka dan diletakkan emoji cermin mata hitam berserta emoji donut.
“Akan menanggalkan topeng saya untuk donat,” tulisnya Neelofa di ruangan kapsyen.
Video pendek Bilal itu dikongsikan di Instagram Neelofa pada Ahad.
Biarpun masih menyembunyikan wajah di sebalik pelitup muka, namun ramai meluahkan rasa ‘geram’ melihat tubuh Bilal yang gebu dan bersemangat itu.
Sehubungan dari perkongsian itu, ruang komen dipenuhi komen dari rakan-rakan artis dan penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza yang turut teruja akan susuk tubuh bilal.
“Alolo… Betul Lofa cakap gebu-gebu macam Afwa ya,” tulis Datuk Siti Nurhaliza.
Selain itu, rata-rata warganet meluahkan rasa geram selain ternanti-nanti akan pendedahan wajah anak pasangan selebriti berkenaan.
“Lofa buat hal! Tak lama dah ni nak tunjuk muka.
“Jangan main-mainkan kami Lofa, geram nak tengok muka Bilal.
“Kalau nak tunjuk muka Bilal beritahu, kami nak ambil cuti,” kata netizen.
Terdahulu, Neelofa dan suami memilih untuk tidak mendedahkan wajah Bilal kerana ingin melindungi anaknya daripada penyakit Ain.
Neelofa Tunjuk Video Suami Isi Masa Dengan Muhammad Bilal
Neelofa tunjuk telatah Bilal, comel siap pakai mask
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- DAP Perak tambat hati pengundi Melayu Parit
- “Dedahkan 19 perkara penting” – Ahmad Maslan
- Apa Alasan Jabatan Peguam Negara Syorkan Lapuran Tommy Thomas Tidak Di Dedahkan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :