Pempengaruh media sosial Andrew Tate diheret ke mahkamah atas dakwaan pemerdagangan manusia
Pempengaruh media sosial Andrew Tate diheret ke mahkamah atas dakwaan pemerdagangan manusia
BUCHAREST: Pendakwa Raya Romania mengheret personaliti media sosial Andrew Tate, abangnya Tristan dan dua suspek wanita dalam perbicaraan di mahkamah atas tuduhan pemerdagangan manusia, merogol dan membentuk kumpulan jenayah bagi mengeksploitasi wanita secara seksual.
Keempat-empat suspek berkenaan kini ditahan di rumah tahanan sementara menunggu siasatan jenayah bagi kes penderaan yang dilakukan terhadap tujuh wanita. Bagaimanapun mereka menafikan pertuduhan berkenaan.
Kesemua mereka ditahan dalam tahanan polis selama tiga hari dari 29 Disember hingga 31 Mac sebelum mahkamah Bucharest meletakkan mereka di rumah tahanan.
Andrew Tate juga didakwa telah merogol seorang mangsa, manakala adiknya Tristan didakwa kerana menghasut orang lain untuk melakukan keganasan.
Mengikut undang-undang Romania, kes berkenaan dihantar ke kamar awal mahkamah, di mana hakim mempunyai 60 hari untuk memeriksa fail kes bagi memastikan kesahihan kes terbabit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penjelasan Terhadap Jawapan Anwar Mengenai Hakim Nazlan Di Dewan Negara
- LHDN ‘Melawat’ Hamzah, Kenapa Muhyiddin Pula Menggelabah?
- Muhyiddin Hilang Keyakinan Kepada Azmin Dan Noh Omar
Tate Brothers adalah bekas peninju warganegara Amerika Syarikat (AS) dan British mempunyai berjuta-juta pengikut di media sosial.
Pendakwa Raya mendakwa kedua-dua mereka merekrut mangsa dengan cara menggoda dan memberi helah untuk mengikat hubungan atau berkahwin. – REUTERS
Pempengaruh media sosial Andrew Tate diheret ke mahkamah atas dakwaan pemerdagangan manusia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Isham Jalil Saran kerajaan tubuh tribunal kehakiman siasat Hakim “National Enbarrassment”
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.