20 orang terbunuh dalam serangan antara kaum di Nigeria Tengah

20 orang terbunuh dalam serangan antara kaum di Nigeria Tengah

20 orang terbunuh dalam serangan antara kaum di Nigeria Tengah
Pihak berkuasa tempatan telah mengerahkan polis di beberapa daerah dalam usaha memulihkan keamanan. – Foto AFP

NIGERIA: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dalam serangan keganasan antara pengembala dan komuniti petani di sebuah negeri di tengah-utara Nigeria, kata Polis.

Negeri Plateau terletak di bahagian utara Nigeria yang kebanyakannya mereka yang beragama Islam, manakala di bahagian selatan pula didominasi penganut Kristian.

Menurut Jurucakap Polis Plateau Alfred Alabo, serangan berkenaan membabitkan golongan pengembala bersenjata yang menyerang komuniti petani di daerah Barkin Ladi di Plateau.
READ MORE



“Laporan mendapati kira-kira 15 orang terkorban dan lima lagi telah dikebumikan, menjadikan jumlah keseluruhan 20 orang,” katanya.

Sementara itu, Gabenor Negeri Plateau Caleb Manasseh Mutfwang mengutuk serangan terbabit dan menggesa pasukan keselamatan menghentikan serangan dan pembakaran harta benda yang kejam itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan



Bahagian barat laut dan tengah Nigeria menyaksikan persengketaan yang berterusan susulan perebutan tanah dan air antara pengembala dan komuniti petani.

Sejak pertengahan Mei lalu, sekurang-kurangnya 140 orang terbunuh dalam pertempuran antara komuniti di Plateau dan lebih 3,000 orang hilang tempat tinggal.

Pihak berkuasa tempatan telah mengerahkan polis di beberapa daerah dalam usaha memulihkan keamanan.



Presiden Nigeria yang baru, Bola Tinubu, mengangkat sumpah pada penghujung Mei bagi menggantikan pegawai tertinggi tentera dan keselamatan untuk membantu negara itu menangani pelbagai masalah keselamatan. – AFP

20 orang terbunuh dalam serangan antara kaum di Nigeria Tengah

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading