Banjir di Johor bertambah buruk, hampir 5,000 mangsa di 50 PPS
Banjir di Johor bertambah buruk, hampir 5,000 mangsa di 50 PPS
JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Johor bertambah buruk apabila jumlah mangsa banjir di enam daerah terjejas seluruh negeri ini meningkat secara mendadak sehingga jam 12 tengah malam tadi.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah mangsa banjir di Johor kini mencecah 4,834 orang daripada 1,413 keluarga berbanding 3,322 orang daripada 1,007 keluarga pada jam 8 malam, yang ditempatkan di 50 pusat penempatan sementara (PPS).
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Negeri Johor, enam jalan di Kota Tinggi dan satu jalan di Johor Bahru terjejas dengan banjir selepas dinaiki air.
Daripada jumlah itu, Jalan Kota Tinggi – Kluang dan Jalan Tai Hong di Kota Tinggi serta Jalan Maju Jaya-Selong di Johor Bahru ditutup bagi semua jenis kenderaan.
Sementara itu, enam sungai di negeri ini dilaporkan sudah melepasi paras bahaya setakat 12 tengah malam tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Dubai Move Gagal, PAS Catur Sanusi Move
- Wanita Sejati Bersuara Jantan Hanya Satu Dalam Sejuta
Adakah Kerajaan Akan Terus Biarkan Cubaan Merampas Kuasa Berlarutan
Berdasarkan laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), enam sungai terbabit adalah Sungai Kahang di Kluang; Sungai Siam di Kulai serta Sungai Kepala Orang, Sungai Johor dan Sungai Linggiu di Kota Tinggi.
Banjir di Johor bertambah buruk, hampir 5,000 mangsa di 50 PPS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapa Pegawai Mantan PM Yang Tidak Mahu Datang Bila Di Panggil SPRM?
- UMNO Dan DAP Mesti Bijak, Jangan Saling ‘Membunuh’
- Mahathir Semakin Tenggelam Dengan Kerosakan Ciptaan Beliau
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.