Mahathir Akui Ada Campurtangan Ahli Politik Dalam Badan Kehakiman

Mahathir Akui Ada Campurtangan Ahli Politik Dalam Badan Kehakiman

Akhirnya sama ada secara sedar atau tidak sedar, Dr Mahathir mengakui bahawa sememangnya wujud campurtangan ahli politik dalam badan kehakiman.

Dari pengakuan itu, ianya memberikan gambaran bahawa badan kehakiman yang sepatutnya bebas, sebenarnya adalah tidak bebas sepenuhnya.

Atau dalam artikata lain, kebebasan badan kehakiman hanyalah sekadar di atas kertas dan tidak diterjemahkan secara realitinya.



Berdasarkan video di atas, Dr Mahathir mengakui bahawa lantikan seseorang hakim itu adalah mengikut kehendak Perdana Menteri.

Dan syarat utama hakim yang dilantik itu ialah beliau MESTI akur kemahuan Perdana Menteri yang melantik beliau.

Sekiranya mengikut SOP perlantikan hakim, setiap lantikan hakim atau kenaikan pangkat hakim, mestilah melalui tribunal kehakiman.

Nama yang dicadangkan oleh tribunal tersebut akan di bawa oleh Ketua Hakim Negara kepada YDP Agong untuk disahkan perlantikan itu.



Dalam sistem pengasingan kuasa, Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk campurtangan dalam badan kehakiman.

Tetapi menurut Dr Mahathir, sebelum Ketua Hakim Negara membawa nama tersebut kepada SPB YDP Agong, ianya terlebih dahulu mesti diserahkan kepada Perdana Menteri.

Sekiranya Perdana Menteri bersetuju, barulah Ketua Hakim Negara boleh membawa nama tersebut untuk dipersembahkan kepada SPB YDP Agong.

Sudah jelas lagi bersuloh bahawa dakwaan beberapa Perdana Menteri bahawa tidak ada campurtangan eksekutif dalam badan kehakiman adalah pembohongan.

Kita menunggu respon dari Majlis Peguam, kerana merekalah yang selama ini bersuara mengenai kebebasan badan kehakiman.

Begitu juga kita menunggu respon dari Ismail Sabri, apakah beliau akan menubuhkan satu lagi jawatankuasa siasatan atau terus menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja?

Dakwaan Dr Mahathir itu tidak boleh dianggap remeh kerana sekiranya benar apa yang beliau katakan, sangat jelas, badan kehakiman kita sudah dimandulkan oleh ahli politik!!!

 

Mahathir Akui Ada Campurtangan Ahli Politik Dalam Badan Kehakiman

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker