Selamba humban seguni sampah dalam sungai

Netizen gesa pihak berkuasa cekup pemandu lori plat ‘J’

Selamba humban seguni sampah dalam sungai
Tangkapan skrin (screenshot) gelagat seorang lelaki selamba menghumban seguni sampah ke dalam sungai.
GELAGAT seorang lelaki yang selamba membuang sampah ke dalam sungai, mengundang kecaman hebat netizen.

Video yang dirakam oleh seorang pengguna jalan raya dari dalam keretanya, memperlihatkan lelaki berkenaan mengangkat seguni sampah yang diangkut menggunakan lori dan mencampakkannya ke dalam sungai dari atas jambatan.

Malah dia selamba mengutip sisa sampah yang terjatuh daripada guni dan melontar ke dalam sungai, seolah-olah tidak mengendahkan orang sekeliling.

 Selepas ‘membuat kerja’, dia kemudian masuk ke dalam lorinya dan berlalu.

Difahamkan, video berkenaan dirakam sekitar 2.00 petang Rabu, di Sungai Wak Rabun, Batu 33 Pontian, Johor.

Video berkenaan kini tular di media sosial dengan rata-rata netizen menggesa pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap pelaku tidak bertanggungjawab itu.



Nenek 74 tahun selamba panjat bukit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kejatuhan Ringgit Hari Ini Adalah Naratif Kesan Berpanjangan Kegagalan Mahathir & PH Sejak 2018



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button