Nabil Sebak Terharu, Iring Isteri Naik Pentas GV9 Rai Anniversary

"I Sayang You Hingga Allah Memisahkan Kita,” -  ‘Live’ Di Pentas

Nabil Sebak Terharu, Iring Isteri Naik Pentas GV9 Rai Anniversary

 Nabil Sebak Terharu, Iring Isteri Naik Pentas GV9 Rai Anniversary

Hos Gegar Vaganza 9, Nabil Ahmad tampil membuat kejutan istimewa bersempena dambutan ulang tahun perkahwinan ke-11 bersama isteri, Nazirah Ayup secara langsung di pentas rancangan realiti popular itu.

Terlihat sebak terharu, Nabil menjemput isterinya yang mesra disapa Zira, naik ke pentas  menuju ke kek tiga tingkat yang tersedia.



“Hari ini memang hari yang istimewa buat saya, saya ingin menjemput isteri naik ke atas bagi menyambut anniversary perkawinan kami.

“Kerana terlalu sibuk jadi kita sambut di atas pentas,” katanya sambil diiringi iringan muzik petikan Leman Band yang memainkan lagu Dealova.

Nabil pada masa sama turut mengucapkan penghargaan buat isterinya itu dan berterima kasih kerana membesarkan anak-anak mereka.

Pelawak dan pelakon itu turut berdoa supaya dia hanya memandang isterinya dan tidak melihat wanita lain.



“I sayang You sehingga Allah memisahkan kita,” kata Nabil.

Nazirah menguntum senyum manis dan bergenang air mata terharu dengan kejutan itu.

Imbas kembali, Nabil, 39, bernikah dengan Nazirah, 34, pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 10, Layla Medyna, 7 dan Mishall Imani, 3.

Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA



Nabil Sebak Terharu, Iring Isteri Naik Pentas GV9 Rai Anniversary


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button