Makin Ramai Lelaki Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Makin Ramai Lelaki Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Makin Ramai Lelaki Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu berkata, aduan berkaitan mangsa gangguan seksual melibatkan golongan lelaki semakin meningkat.

Kementeriannya telah menerima sebanyak 1,486 kes aduan berkaitan gangguan seksual.

Ia menerusi PSSS sepanjang tempoh 14 siri Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual diadakan.



Daripada jumlah itu, sebanyak 411 kes (27.7 peratus) melibatkan mangsa lelaki.

Pada 29 Okt lepas, beliau berkata PSSS menerima 1,213 laporan daripada mangsa gangguan seksual sepanjang 12 siri Program Jerayawara.

351 orang atau 28.9 peratus merupakan golongan lelaki.

Beliau berkata berdasarkan maklum balas 97.6 peratus peserta program itu menunjukkan peningkatan terhadap tahap kesedaran dan pemahaman berkaitan gangguan seksual.



“Bagi memastikan gangguan seksual difahami dan meningkatkan kesedaran, KPWKM telah melaksanakan @Advokasi Antigangguan Seksual di 14 negeri”.

“Ia melibatkan 19,423 peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat”.

“Sebanyak 54 program advokasi telah dilaksanakan dengan pelbagai pihak termasuk NIOSH yang melibatkan 9,354 peserta”.

“Selain itu, promosi serta hebahan juga diperluas melalui media sosial dan media massa melibatkan seramai 3.5 juta pendengar, penonton dan pembaca,” katanya.



Namun tidak pula dinyatakan apakah gangguan seksual yang berlaku terhadap lelaki datangnya dari golongan wanita atau lelaki.

Sekiranya gangguan seksual tersebut datangnya dari golongan lelaki sendiri, ini adalah mesej yang mesti dihadamkan oleh NGO yang masih memperjuangkan LGBT.

Kebebasan bersuara dan perjuangan mempertahankan hak asasi manusia bukanlah lesen untuk melakukan perbuatan yang ditolak syarak dan adab.

Makin Ramai Lelaki Jadi Mangsa Gangguan Seksual

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button