Nasi Ala Kak Wok

Nasi Ala Kak Wok
Nasi Ala Kak Wok

Nasi Ala Kak Wok

Hi semua. Kali ini, Che Nom nak masak hidangan lengkap yang menarik dan sedap rasanya, iaitu Nasi ala Kak Wok. Resepi ini bukan lah dari resepi asal tapi Che Nom ada olah ikut bahan apa yang ada di dapur.

Nak sediakan pun tak susah, cuma ada beberapa bahagian penyediaan untuk dapatkan set lengkap nasi ala kak Wok, mula-mula kita masak gulai, kemudian sediakan pelengkap yang penting iaitu sambal belacan.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk gulai:
    • ½ cawan minyak masak
    • 3 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1 inci lengkuas
    • 2 sudu besar serbuk kari daging
    • 1 sudu besar serbuk rempah kerutuk
    • 1 sudu besar cili kisar atau serbuk cili
    • 1 mangkuk ayam (bahagian kaki, tulang dan leher)
    • 3 batang kacang panjang
    • 1 biji terung panjang
    • 1 cawan santan segar /½ kotak kecil santan
    • sedikit gula nisan
    • garam secukup rasa
    • 1 keping asam keping
    • 5-6 tangkai cili padi
  • Bahan-bahan untuk sambal belacan:
    • 15-20 biji cili padi
    • 3-4 nbiji cili merah
    • 4 biji limau kasturi (buang biji)
    • 1 inci belacan
    • ½ cawan air pati asam jawa
    • gula
    • garam
    • serbuk perasa
  • Bahan-bahan untuk ayam goreng:
    • ½ ekor/600g ayam
    • 1-2 sudu kecil garam
    • 2 sudu kecil serbuk kunyit
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • ½ sudu besar serbuk kari daging
    • 1-2 tangkai daun kari
    • 1-2 sudu besar tepung goreng ayam segera/tepung beras/tepung jagung
    • minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk gulai:
    1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas.
    2. Bancuh serbuk rempah kari daging dan serbuk rempah kerutuk dengan air.
    3. Panaskan minyak lalu tumis bahan kisar halus, bancuhan kari dan cili kisar atau serbuk cili. Gaul dan masak sehingga pecah minyak.
    4. Masukkan 1 mangkuk ayam (bahagian kaki, tulang dan leher) dan gaul. Kemudian, biarkan sehingga ayam separuh masak serta kering air.
    5. Masukkan air.
    6. Masukkan sayur kacang panjang dan terung yang telah dipotong, santan, gula nisan atau gula melaka dan garam secukup rasa.
    7. Tambah air atau santan jika kuah kelihatan kering.
    8. Masukkan cili padi dan asam keping
    9. Masak sehingga sayur lembut dan gulai masak pekat sekata.
  2. Cara-cara untuk ayam goreng:
    1. Potong ayam kepada ketulan saiz kecil.
    2. Gaul sekata ayam dengan garam, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari, daun kari dan sedikit tepung goreng ayam segera. Kemudian, perap ayam.
    3. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap sehingga garing dan keperangan.
    4. Selepas itu, hidangkan dengan nasi, gulai dan sambal belacan. Nasi ala Kak Wok sudah siap.
  3. Cara-cara untuk sambal belacan:
    1. Kisar kasar cili, belacan bakar, hirisan limau kasturi, air asam jawa, garam, gula dan cukup perasa (pilihan).

Tip:

  • Jika tidak mempunyai serbuk rempah kerutuk, boleh saja digantikan hanya dengan gunakan serbuk rempah kari daging untuk dibuat gulai.
  • Selain menggunakan tepung goreng ayam segera, juga boleh digantikan dengan tepung jagung atau tepung beras.
  • Perap ayam dahulu sebelum membuat sambal belacan. Selepas sambal belacan siap, barulah goreng ayam kerana akan lebih sedap jika dihidang ayam yang masih panas bersama nasi, gulai dan sambal belacan.

Resepi gulai kawah enak dan mudah



Nasi Ala Kak Wok

DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Jaga Jaga Jenab, PH Dah Mula Nak Kencing Lagi


 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button