Kubur terjejas akibat tanah runtuh

Jenazah nyaris hanyut

Kubur terjejas akibat tanah runtuh, jenazah nyaris hanyut
Tanah runtuh di Tanah Perkuburan Awam (TPU) Sirnaraga akibat hujan lebat.

Kubur terjejas akibat tanah runtuh, jenazah nyaris hanyutSEBANYAK 25 kubur terjejas akibat tanah runtuh dalam kejadian hujan lebat di Tanah Perkuburan Awam (TPU) Sirnaraga, Kota Bandung.

Kejadian yang berlaku pada Selasa lalu dirakam seorang penduduk dan dimuat naik ke platform media sosial.

Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan kain kafan terjulur keluar dari kubur yang berada di kawasan tebing dengan jenazah hampir dihanyutkan.

Ketua Unit Pelaksana Teknikal (UPT) Tanah Perkuburan Wilayah 3 Kota Bandung, Saeful Iman berkata, benteng penahan TPU di kawasan itu runtuh menyebabkan beberapa kubur terbongkar dan hampir menyebabkan beberapa jenazah hanyut.



Tambahnya, daripada 25 kubur yang terjejas, 10 kubur mengalami kerosakan dengan tujuh dicadangkan untuk dipindahkan.

“Dari tujuh makam itu, ia terdiri daripada lima makam kanak-kanak dan dua makam dewasa,” ujarnya.

Saeful berkata pihaknya akan menghubungi waris yang terlibat untuk urusan pemindahan jenazah. – CNN Indonesia

RCI Tommy Thomas tidak boleh ditangguhkan



 

Kubur terjejas akibat tanah runtuh, jenazah nyaris hanyut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



RCI Tommy Thomas tidak boleh ditangguhkan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button