UMNO Bahagian Baling paling ramai bergelar Datuk dalam AJK Bahagian



Daripada kesemua 191 Bahagian UMNO di seluruh negara, macam-macam perkara dan cerita tersendiri ada yang boleh diketahui berkaitan sesuatu bahagian.

Pada 18 Mac lepas jumlah keahlian UMNO di seluruh negara mencecah 3,391,236 orang melibatkan 22,274 cawangan dari kesemua Bahagian.

Di UMNO Bahagian Baling di Kedah yang diterajui oleh Ketua UMNO Bahagian Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ada kisah tersendiri melibatkan Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagiannya.

Difahamkan di dalam senarai AJK Bahagian, seramai 16 orang kesemua mereka memiliki gelaran Datuk.



Mungkin kalau ada satu majlis melibatkan barisan AJK UMNO Bahagian Baling, jika baling sesuatu pasti akan terkena kepada orang yang ada gelaran Datuk.

Baling ialah sebuah daerah yang terletak di negeri Kedah dan bersempadan dengan daerah Kulim di sebelah selatan dan daerah Kuala Muda di sebelarh barat dan daerah Sik di utara.

Ia juga bersempadan negeri Perak di tenggara dan negara Thailand di sebelah timur laut.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker