Lelaki maut selepas ikut arahan GPS

Kereta terjunam dalam air

Lelaki maut selepas ikut arahan GPS
Lelaki maut selepas ikut arahan GPS
SEORANG bapa kepada dua anak maut selepas sistem navigasi satelit (GPS) mengarahkannya ke jambatan yang hanyut di North Carolina, dakwa keluarganya.

Phil Paxson, 47, sedang memandu pulang dari sambutan ulang tahun kesembilan anak perempuannya dalam kejadian pada 30 September lalu, ibu mertuanya menulis dalam catatan Facebook.

Ketika kejadian, hujan turun dengan lebat dan GPS Paxson mengarahkannya ke jambatan yang sudah tidak wujud.

Jeep Gladiator 2020 ditemui terbalik dan sebahagiannya tenggelam sekitar jam 10 pagi Sabtu, 1 Oktober, menurut siaran berita daripada Peronda Lebuhraya Negeri Carolina Utara.

Pihak berkuasa percaya nahas berlaku sekitar jam 11 malam.



Jambatan itu, yang terletak di 24th Street Place NE di Hickory, dihanyutkan pada Julai 2013 akibat banjir, lapor Hickory Daily Record.

Lazimnya, penghadang dipasang untuk menghalang pemandu daripada menyeberangi jambatan, namun ia dialihkan selepas dirosakkan dan hilang pada masa Paxson kemalangan. – Tribune News Service

GPS kenal pasti calon, bakal umum tidak lama lagi – Abang Jo



Lelaki maut selepas ikut arahan GPS


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



RCI Tommy Thomas tidak boleh ditangguhkan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button