31 terbunuh dalam kejadian tembakan besar-besaran di timur laut Thailand

31 terbunuh dalam kejadian tembakan besar-besaran di timur laut Thailand

31 terbunuh dalam kejadian tembakan besar-besaran di timur laut Thailand

BANGKOK: Seramai 31 orang terbunuh termasuk 23 daripadanya adalah kanak-kanak dalam tembakan besar-besaran di wilayah timur laut Thailand, hari ini.

Timbalan Jurucakap Polis, Archon Kraitong berkata, mangsa juga melibatkan golongan dewasa di pusat jagaan kanak-kanak tersebut.



Kejadian berlaku sekitar pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan) di daerah Na Klang di wilayah Nong Bua Lamphu, ketika kebanyakan kanak-kanak di pusat jagaan tersebut sedang nyenyak tidur.

Jelasnya, suspek merupakan bekas anggota polis yang dikenali sebagai Panya Khamrab dan menembak mati keluarganya sebelum membunuh diri selepas kejadian itu.

Katanya, suspek juga membawa pisau ketika melancarkan serangan serta sempat melarikan diri dengan sebuah kenderaan.

Difahamkan, kanak-kanak di pusat asuhan itu dalam lingkungan umur dua hingga tiga tahun.



Tembakan besar-besaran jarang berlaku di Thailand, namun pada 2020, seorang tentera pernah menembak mati 29 orang dalam kejadian amuk di empat lokasi.

Insiden yang turut menyebabkan 57 mangsa lain mengalami kecederaan melibatkan urusan perjanjian hartanah.

Kadar pemilikan senjata api di Thailand adalah tinggi berbanding di beberapa negara lain di rantau ini.

Kebanyakan senjata dibawa masuk merentasi sempadan negara.-REUTERS



RCI Tommy Thomas tidak boleh ditangguhkan

31 terbunuh dalam kejadian tembakan besar-besaran di timur laut Thailand

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



RCI Tommy Thomas tidak boleh ditangguhkan




 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button