EPL: Arteta masih sayangkan Ramsdale

EPL: Arteta masih sayangkan Ramsdale

EPL: Arteta masih sayangkan Ramsdale
PENJAGA gol Arsenal, Aaron Ramsdale (kanan) berada dalam situasi terdesak untuk memburu tempat dalam skuad kebangsaan England. – AFP

LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta masih lagi mahu memujuk penjaga golnya, Aaron Ramsdale supaya tidak meninggalkan pasukan pada jendela perpindahan Januari ini.

Walaupun belum lagi menurunkan Ramsdale dalam kesebelasan pasukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris sejak 3 Ogos lalu, Arteta berpendirian pemain itu pasti akan melakukan kesilapan besar jika berhijrah ke pasukan lain.

“Saya sentiasa terbuka untuk bercakap tentang mana-mana pemain. Kami mahukan yang terbaik buat pemain dan akan mencuba sehabis baik untuk membantu mereka.



“Tetapi bola sepak adalah sukan berpasukan yang memerlukan 24 pemain yang mampu galas tugas. Jadi peranan anda pada Ogos mungkin berbeza pada Mac ini dan Aaron masih ada peranan penting dalam pasukan.

“Sudah pasti kami mahu Aaron kekal bersama kami,” katanya.

Untuk aksi menentang Burnley malam ini, Arteta dijangka akan terus beri kepercayaan kepada David Raya bagi galas tugas selaku benteng terakhir pasukan.

Ketika ini Ramsdale sedang berada dalam situasi sukar terutamanya untuk memastikan namanya tersenarai dalam skuad England bagi saingan Euro tahun depan.Tambah merisaukan apabila pengendali The Three Lions, Gareth Southgate bertegas yang kedudukan Ramsdale akan tergugat jika terus tidak bermain secara konsisten bersama kelab. – AGENSI



EPL: Arteta masih sayangkan Ramsdale

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading