Arina lakar kejutan layak ke Olimpik Paris 2024
Arina lakar kejutan layak ke Olimpik Paris 2024
SEPANG – Seorang lagi wakil negara turut mengesahkan tempat ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas pemanah recurve wanita negara, Ariana Nur Dania Zairi tampil cemerlang dengan mara ke pentas final Kejohanan Kelayakan Benua Asia di Bangkok, Thailand hari ini.
Lebih membanggakan, atlet berusia 18 tahun secara merit menjadi wakil keempat negara mengesahkan kedudukan untuk beraksi di temasya empat tahun sekali itu.
Pada saingan tersebut, Ariana Nur Dania melakukan panahan terbaik dengan mata keseluruhan 649 mata dan menguasai tempat pertama pusingan kelayakan.
Aksi terbaik itu membolehkannya memecahkan rekod baharu kebangsaaan bagi acara recurve wanita 36 anak panah dari jarak 70 meter.
“Kejohanan ini sepatutnya menjadi medan untuk saya mengutip pengalaman, saya langsung tidak menyangka akan dapat menang ataupun layak ke Sukan Olimpik, tetapi apa-apa pun saya tetap bersyukur dan teruja dengan peluang ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Krisis Perikatan Nasional, Dilemma Muhyiddin dan Hadi
- Selepas Serangan Kepada UMNO Gagal, PAS Cuba Serang DAP
- Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, Apa Tujuan Demo PN Sebenarnya?
“Ini adalah satu langkah yang besar kerana saya tidak banyak beraksi di kejohanan antarabangsa, jadi mendapat tempat di Sukan Olimpik adalah sesuatu yag besar bagi saya secara peribadi,” kata Ariana.
Ariana Nur Dania kemudian terus mencuri tumpuan dalam aksi final, di mana dia menewaskan pemanah Uzbekistan, Ziyodakhon Abdusattorova, 7-3 untuk dinobatkan sebagai pemenang pingat emas.
Sebagai rekod, Ariana Nur Dania adalah atlet keempat negara layak secara merit ke temasya sukan terbesar dunia itu selepas Bertrand Rhodict Lises daripada sukan terjun, Nur Shazrin Latif (pelayaran) dan Jhonathan Wong (menembak). -KOSMO! Online
Arina lakar kejutan layak ke Olimpik Paris 2024
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan
- Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?
- Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :