Jerung ‘serah diri’, lompat ke dalam bot pemancing

Jerung ‘serah diri’, lompat ke dalam bot pemancing

Jerung 'serah diri', lompat ke dalam bot pemancing
Pemancing panik selepas jerung tiba-tiba melompat masuk ke dalam kapal.
SEKUMPULAN pemancing dikejutkan dengan ‘kehadiran’ seekor jerung mako sepanjang dua meter yang tiba-tiba melompat masuk ke dalam bot.

Menerusi rakaman video, kelihatan beberapa orang pemancing yang berada di tepian bot berlari menyelamatkan diri dengan memanjat tangga ke bahagian atas bot kerana bimbang menjadi mangsa serangan.



Terdahulu, Sea Ventures Charters iaitu pengendali bot sewaan berkenaan menyatakan ia adalah pengalaman pertama dalam hidupnya.

Tambahnya lagi, jerung tersebut bagaimanapun telah dilepaskan semula ke perairan selepas mereka mengukur dan menandanya.

‘Lady Anne’ (bot) kerap membawa nelayan keluar untuk penandaan jerung iaitu satu proses yang melibatkan penangkapan dan pelepasan haiwan berkenaan bagi tujuan mengumpul data saintifik.

Data akan dihantar ke Program Penandaan Pemangsa Apex Perikanan Laut Kebangsaan. – Metro.co.uk



Wanita Memang Handal Menjinakkan Jerung

Jerung ‘serah diri’, lompat ke dalam bot pemancing



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button