Krisis dalaman DAP, Ronnie angkat kaki

DAP berdepan perpecahan

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Krisis dalaman DAP, Ronnie angkat kaki

DAP sedang dilanda krisis dalaman melibatkan ‘otai’ mereka, Ronnie Liu bakal ‘angkat kaki’ dari parti tersebut. Dalam laporan sebuah portal, Ronnie mengesahkan beliau akan meninggalkan DAP kerana tidak mepunyai pilihan.



ADUN Sg Pelek, Sepang yang terkenal dengan cara kasar akan membuat pengumuman mengenainya dalam sedikit masa lagi.

“I have to, I have no choice. I will be quitting the party soon and will be issuing a statement about it,” – Ronnie Liu – Malay Mail 9 Oktober 2022

Ronnie bagaimanapun tidak mendedahkan sebab meninggalkan DAP namun dipercayai ada hubungkait dengan beberapa kenyataannya sebelum ini.

Pada 2019, Ronnie dirujuk kepada Lembaga Disiplin DAP kerana kenyataan beliau mengatakan DAP, WARISAN, PKR dan UPKO boleh membentuk kerajaan tanpa BERSATU (PPBM).



DAP akan berdepan masalah besar jika Ronnie meninggalkan parti kerana pengaruh beliau di kalangan pengundi Cina agak kuat. Beliau merupakan antara ‘ikon’ DAP yang masih kekal berpegang kuat kepada Deklarasi Setapak yang memperjuangkan Konsep Malaysian Malaysia.

Krisis dalaman DAP, Ronnie angkat kaki

Ronnie Liu juga antara ‘legasi’ peninggalan ‘Dinasti Lim’ yang sangat berpengaruh dalam DAP. Bagaimapaun legasi tersebut telah ditamatkan bila DAP melantik Anthony Loke Siew Fook sebagai Setiausaha Agung DAP yang baru.

Bagaimanapun, Lim Guan Eng kekal sebagai Pengerusi DAP manakala Lim Kit Siang dilantik sebagai Penasihat DAP.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button