Apa Muslihat Sebenar Negeri Di Bawah PAS Tidak Bubarkan DUN?

Apa Muslihat Sebenar Negeri Di Bawah PAS Tidak Bubarkan DUN?

Setakat ini Kelantan, salah sebuah negeri yang berada di bawah pentadbiran PAS/PN kekal dengan keputusan tidak membubarkan DUN walau pun parlimen sudah dibubarkan.

2 lagi negeri di bawah pentadbiran PAS/PN dijangka akan membuat penndirian yang sama dengan Kelantan atas alasan ianya adalah keputusan PAS di peringkat pusat.



Persoalannya, apakah alasan sebenar negeri yang berada di bawah pentadbiran PAS/PN enggan membubarkan DUN negeri masing-masing?

Adakah ianya kerana memikirkan keselamatan rakyat atas alasan banjir?

Bagi penulis, alasan itu sebenarnya adalah sangat dangkal dan tidak boleh diterima.

Hujah penulis ialah, sama ada mereka membubarkan DUN atau tidak, pilihanraya peringkat parlimen tetap akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan.



Adakah dengan hanya memilih wakil di peringkat negeri pengundi akan berhadapan banjir tetapi memilih wakil di peringkat parlimen tidak akan berhadapan dengan banjir?

Bukankah pusat mengundi untuk DUN dan Parlimen berada di tempat yang sama?

Atau apakah dengan berkempen untuk calon DUN sahaja jentera pilihanraya mereka akan berhadapan dengan banjir tetapi tidak di peringkat parlimen?

Bukankah jentera mereka akan berkempen kepada orang yang sama kerana orang yang sama juga akan mengundi calon di peringkat DUN dan Parlimen?



Bukankah sekiranya pilihanraya negeri dan PRU 15 diadakan serentak, ianya akan menjimatkan duit rakyat?

Apa Muslihat Sebenar PAS?

Jadi, apa muslihat mereka sebenarnya?

Sebenarnya PAS/PN mahu menjadikan PRU 15 sebagai medan ‘test market’ sokongan rakyat kepada mereka.

Keputusan PRU 15 nanti akan memberi petunjuk mengenai keadaan sebenar sokongan rakyat kepada mereka.



Penulis difahamkan, sekiranya ramai calon mereka kalah di peringkat parlimen, maka PAS akan kembali berusaha untuk berkerjasama dengan UMNO.

Ketika itu, PAS pasti akan meninggalkan PN sebagaimana yang telah ditetapkan oleh UMNO sekiranya mahu berkerjasama.

Ini bagi memastikan, walau pun kehilangan banyak kerusi di peringkat parlimen, tetapi sekurang-kurangnya dapat menjamin kuasa mereka di peringkat negeri.

Tetapi sekiranya calon PAS/PN ramai yang menang, maka PAS akan terus kekal bersama PN.



Dalam kedua-dua keadaan ini, mereka berpendapat, akhirnya PAS yang akan mendapat keuntungan dari percaturan yang mereka aturkan.

Persoalannya, bagaimana sekiranya BN berjaya menguasai parlimen di ketiga-tiga negeri tersebut.

Dan dalam masa yang sama menutup sepenuhnya kerjasama dengan PAS yang dilihat mementingkan diri sendiri.

Kepada pemimpin PAS, ingatlah pesanan orang tua, orang tamak selalu rugi, bagaikan anjing dengan bayang-bayang.



 

Apa Muslihat Sebenar Negeri Di Bawah PAS Tidak Bubarkan DUN?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button