Xavi ‘pening’ kurang bantuan buat Lewandowski

BARCELONA: Robert Lewandowski sudah membuktikannya sejak bertahun lalu bahawa dia boleh menjamin jaringan gol, selagi dia mendapat bantuan bola.

Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez sedang mencari jawapan terhadap masalah itu berikutan prestasi pasukannya merudum pada waktu yang salah ketika menanti menanti kehadiran Inter Milan dan akan bertemu Real Madrid pada aksi Clasico minggu ini.

Kelab dari Itali itu akan berkunjung ke Camp Nou awal pagi Khamis ini bagi perlawanan penting Liga Juara-Juara sebelum Barca ke Santiago Bernabeu dalam usaha untuk terus berada di persada La Liga.



Selain pasukan yang bergelut selepas kalah 1-0 kepada Inter minggu lalu dan menang tipis 1-0 mengatasi Celta Vigo pada Ahad, jaringan Lewandowski juga terhenti.

Selepas meledak enam kali berturut-turut dalam La Liga, penyerang Poland itu gagal meneruskan rentak berdepan Celta selain turut kemarau jaringan di San Siro.

“Kami tidak berada dalam situasi terbaik sejak rehat perlawanan antarabangsa,” kata Xavi Ahad lalu. “Tiga minggu lalu kami bagus, kini tidak, kami perlu memperbaikinya.”

Gol jaringan Lewandowski – sembilan dalam La Liga, menjadikannya penjaring terbanyak setakat ini – dan membantu Barcelona ke persada liga pertama kali sejak Jun 2020.



Skuad dari Catalan itu tidak tewas dalam aksi liga utama Sepanyol, tetapi cerita berbeza dipamerkan di Eropah.

Kalah berturut-turut ketika berdepan Bayern Munich dan Inter menyebabkan mereka perlukan kemenangan awal pagi Khamis ini.

Mungkin sedikit membimbangkan ialah ketika Lewandowski tidak mensia-siakan peluang dalam tiga aksi sebelum ini, rakan sepasukan tidak cukup memberikannya hantaran sempurna kepadanya.

Penyudah tepat penyerang Poland itu memberikan Barcelona kemenangan 1-0 mengatasi Mallorca pada 1 Oktober tetapi peluang itu diciptanya sendiri.



“Dia tidak selesa pada babak kedua (berdepan Celta) tetapi pasukan juga berdepan masalah sama,” kata Xavi. “Kami perlu lebih banyak membantunya.”

Pemain sayap Barcelona melalui malam yang sukar di Camp Nou apabila Ferran Torres dan Raphinha terlepas banyak peluang dan sukar bergandingan dengan Lewandowski.

Ketika Ansu Fati dan Ousmane Dembele masuk pada babak kedua, cerita sama tidak berubah.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading