Ayam Sambal Bali Anak-Anak Pasti Suka

"<yoastmark

Ayam Sambal Bali Anak-Anak Pasti Suka

Pernah viral pada suatu ketika dulu, dan ini antara menu yang dah jadi kegemaran keluarga Che nom, rasa rugi kalau tak share recipe dgn anda semua terutama yang belum pernah masak masakan ni. Che Nom pun kurang pasti macam nama dapat nama Bali tu, sbb kat Bali takde pun menu ni. Apa2 pun janji hasilnya sedap kan?

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 5-6 biji bawang merah kecil
    • 4-5 ulas bawang kecil
    • 2 biji bawang besar
    • 1 sudu kecil belacan
  • Bahan-bahan untuk ayam (separuh masak ):
    • Minyak masak
    • 1/2 ekor ayam
    • Sedikit garam
    • Sedikit serbuk kunyit
  • Bahan-bahan untuk lain:
    • 4 batang serai
    • 2 tangkai daun kari
    • 1 senduk cili kisar
    • Sedikit air (untuk berkuah)
    • Sedikit Gula nisan/gula melaka
    • 2-3 sudu besar kicap manis
    • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Sediakan bahan-bahan untuk kisar halus:
  2. Hiris kasar bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar.
  3. Masuk semua bahan dalam blender, tambah sikit air dan belacan kemudian boleh kisar halus.
  4. Titik serai (tak perlu hantu sangat).
  5. Sediakan ayam goreng separuh masak:
  6. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
  7. Panaskan minyak dan goreng ayam sampai separuh masak.
  8. Tumis serai sampai naik bau.
  9. Masukkan daun kari.
  10. Bila dah wangi masukkan bahan kisar halus.
  11. Kacau sekejap kemudian tambah cili kisar.
  12. Masak sampai pecah minyak.
  13. Kemudian masukkan air dari blender dan sambung masak lagi sampai sambal pecah minyak dan warna bertukar jadi sedikit gelap.
  14. Masukkan ayam yang kita goreng separuh masak tadi.
  15. Masukkan gula nisan dan kicap manis.
  16. Tambah sedikit air asam jawa, garam secukup rasa dan serbuk perasa(optional)
  17. Tutup sekejap supaya ayam cepat masak.
  18. Boleh tambah sedikit air kalau kering.

Tip:

  • Gula nisan akan membuatkan sambal ni bertambah sedap.

Zahid tempelak Mahathir  – “ Melayu Sokong UMNO bukan kerana insentif tetapi kerana sudah sedar “



Ayam Sambal Bali Anak-Anak Pasti Suka


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid tempelak Mahathir  – “ Melayu Sokong UMNO bukan kerana insentif tetapi kerana sudah sedar “



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button