Resepi Ayam Goreng Berempah & Nasi Lemak Kukus

Resepi Ayam Goreng Berempah & Nasi Lemak Kukus
Resepi Ayam Goreng Berempah & Nasi Lemak Kukus

Resepi Ayam Goreng Berempah & Nasi Lemak Kukus

Ayam Goreng Berempah yang diperap bersama pelbagai jenis campuran rempah, dipadankan bersama nasi lemak kukus yang lembut dan fluffy.

Ada 2 bahagian utama resepi ni, pertama Che Nom akan tunjukkan cara penyediaan ayam goreng berempah, dan kedua cara untuk sediakan nasi lemak kukus.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 1 biji bawang besar
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 2 inci lengkuas
    • 2 ketul kunyit hidup
    • 4 batang serai
    • 1 sudu besar biji ketumbar
    • 1 sudu besar jintan manis
    • 3 biji buah keras (optional)
    • 4 sudu besar air asam jawa
    • sedikit air
  • Bahan-bahan lain untuk perapan ayam berempah:
    • ½ ekor/800g ayam
    • 1 sudu besar cili kisar
    • 1 sudu besar serbuk kari
    • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
    • 1 sudu besar tepung beras
    • 1 sudu besar tepung jagung
    • ½ sudu kecil garam
    • 3 tangkai daun kari
  • Bahan-bahan untuk nasi lemak kukus:
    • 1 inci halia
    • 1 biji bawang merah kecil
    • 2 cawan beras basmathi
    • 3 helai daun pandan
    • 3 cawan santan (sederhana cair)
    • garam secukup rasa
    • 1 sudu besar minyak masak
  • Bahan-bahan untuk dihidang bersama nasi lemak:
    • kacang tanah goreng
    • ikan bilis goreng
    • timun
    • telur rebus

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk ayam goreng berempah:
    1. Hiris kasar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit yg dah dikikis kulit.
    2. Potong serai dlm anggaran 2 cm panjang.
    3. Kemudian sediakan rempah yang nak dikisar bersama iaitu biji ketumbar, jintan manis dan buah keras.
    4. Masukkan kesemua bahan dalam blender dan tambah sedikit air asam jawa.
    5. Tambah sedikit air dan kisar halus.
    6. Bersihkan ayam dan toskan.
    7. Tuang kesemua bahan kisar kedalam bekas ayam tadi.
    8. Tambahkan cili kisar, tepung beras, tepung jagung garam dan daun kari.
    9. Gaul sekata kesemua bahan dan perap selama minimum 1 jam. Nak lagi sedap, perap semalaman.
    10. Panaskan minyak dan goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak.
  2. Cara-cara untuk nasi lemak kukus:
    1. Hiris nipis halia dan bawang merah kecil.
    2. Basuh beras dan tos airnya.
    3. Masukkan beras, hirisan halia, bawang merah, pandan yang telah dikoyak dan santan ke dalam loyang.
    4. Masukan garam untuk memberi rasa yang lebih berlemak dan sedap rasa nasi.
    5. Kukus selama 30 minit.
    6. Goreng sekejap kacang tanah sehingga perang sikit kulit kacang.
    7. Ikan bilis yg dah basuh bersih, goreng sampai garing dan angkat.
    8. Hidangkan nasi lemak bersama ayam goreng berempah, sambal tumis, ikan bilis dan kacang goreng, telur rebus dan hirisan timun.

Tip:

  • Tuang sedikit minyak kedalam loyang berisi beras tadi supaya nasi berderai elok bila masak.
  • Tutup sekejap dengan penutup kuali supaya ayam masak sempurna di bahagian dalam, dan isi ayam kekal moist.
  • Jangan terus gembur nasi selepas masak, biar sejuk sekejap dalam steamer yg masih bertutup dalam 10 minit, barulah gembur.

https://my-tv.online/2022/10/05/ayam-masak-merah-berempah/



Resepi Ayam Goreng Berempah & Nasi Lemak Kukus


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid tempelak Mahathir  – “ Melayu Sokong UMNO bukan kerana insentif tetapi kerana sudah sedar “

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button