PAS pilih PN dan tolak UMNO serta BN

KUALA LUMPUR – PAS memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai sekutu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata keputusan itu dibuat atas prinsip penyatuan ummah.

“Melalui mesyuarat ini juga, PAS memuktamadkan perbincangan kerusi di negeri dengan PN,” katanya di sini hari ini.



Perkembangan ini bermakna PAS menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjalinkan kerjasama pada PRU-15.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi memberi kata dua kepada PAS untuk memutuskan hubungan dengan BERSATU dan PN jika ingin menjalinkan kerjasama dengan UMNO pada PRU-15.

Abdul Hadi juga berkata PAS buat keputusan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri tiga buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading