Resepi Bihun Sup Ayam Utara yang mudah
Resepi Bihun Sup Ayam Utara yang mudah
Kadang-kadang jika tekak rasa nak makan makanan yang berkuah dan ‘light’ sahaja, boleh lah sediakan bihun sup ayam utara ni. Pasti membuka selera.
Ciri-ciri bihun sup utara, baik ayam ataupun daging mestilah bihun nya bewarna kuning hasil dari rendaman bihun bersama kunyit atau pewarna kuning. Ia juga hidangkan bersama sambal tumis merah yang menggunakan serbuk cili sebagai bahan utama kerana kita nak dapatkan tekstur sambal tumis merah yang pekat, pedas dan halus.
Satu lagi bahan penting ialah lobak masin yang dihiris halus sebagai pelengkap hidangan. Anda boleh semak resepi lengkap di bawah dan selamat mencuba.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk bihun:
- 1 pek bihun kering
- 1-2 sudu kecil serbuk kunyit
- air, untuk rendam bihun
- Bahan-bahan untuk tumbuk halus:
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- Bahan-bahan untuk sup ayam (lain-lain):
- 1/2 ekor ayam, potong kecil
- sedikit minyak
- 1 pek rempah sup bunjut tulang Adabi
- 1 batang serai, dititik
- air secukupnya, anggaran 2 liter lebih
- 2 pokok daun sup, ambil batang sahaja
- 1/2 sudu besar lada hitam, tumbuk kasar
- 1/2 sudu besar serbuk lada sulah
- 1 ketul kiub ayam, jika suka
- garam secukup rasa
- Bahan-bahan untuk sambal merah:
- 1 senduk minyak
- 4 sudu besar serbuk cili, bancuh dengan sedikit air
- 1 mangkuk kecil cili kisar
- 1/2 mangkuk air asam jawa
- sedikit sos cili
- gula putih dan gula melaka
- garam secukup rasa
- Bahan-bahan untuk hiasan:
- daun sup
- daun bawang
- bawang goreng
- lobak masin, rebus sekejap dgn air panas dan tos
- limau nipis, jika suka
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk bihun:
- Rendam bihun bersama kunyit dan air secukupnya, agak-agak sehingga tenggelam.
- Bila bihun dah lembut, masak kesemua bahan rendam sehingga bihun menjadi lembut. Tak perlu tunggu sampai mendidih. Memadai jika bihun dah lembut, terus toskan airnya. Bilas sikit dengan air supaya proses pemanasan dapat dihentikan.
- Cara-cara untuk sup ayam:
- Panaskan sedikit minyak.
- Tumis bahan kisar halus, rempah sup bunjut tulang adabi, dan serai. Kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan ayam yang sudah dibersihkan dan kacau sebentar. Masukkan air, batang daun sup, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan kiub ayam. Reneh sup ayam sehingga mendidih dan ayam masak.
- Perasakan dengan garam secukup rasa.
- Bolehlah hidang bihun yang dicelur, bersama sup ayam dan bahan-bahan hiasan, termasuklah sambal merah.
- Cara-cara untuk sambal merah:
- Panaskan minyak, masuk bancuhan serbuk cili dan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak. Tambah air asam jawa, sos cili, gula putih, gula melaka dan sedikit garam.
- Masak lagi hingga pecah minyak. Tambah sedikit air putih dan ulang masak beberapa kali sehingga warna sambal bertukar menjadi sedikit gelap dari warna asal dan pekat teksturnya.
Tip:
- Bihun jangan direbus sehingga lembut sangat kerana takut nanti lembik bila kita hidangkan bersama kuah sup yang panas. Boleh ganti kunyit dengan pewarna kuning jika suka
- Boleh juga gunakan sup bunjut biasa, tapi anda perlu tambah 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga dan beberapa tangkai bunga cengkih untuk bagi sup lebih sedap dan kuat rasa rempahnya.
- Lobak masin harus direbus atau celur sekejap kerana jika tidak rasanya terlalu masin.
- Untuk sambal merah, Che Nom tak letakkan bawang kerana ini versi yang cepat dan mudah tapi tetap sedap rasanya. Anda boleh letak bawang jika suka.
Resepi Bihun Sup Ayam Utara yang mudah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib mungkin bebas kerana kes terlalu lemah, bukan kerana UMNO menang PRU15 seperti andaian Mahathir
- Debaran Pembubaran Sudah Berakhir, Debaran Pencalonan Bermula
- BN Mesti Gerakkan Pasukan Media Mulai Sekarang Sekiranya Mahu Menang PRU 15
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :