Pelajar tingkatan dua dikhuatiri lemas

Pelajar tingkatan dua dikhuatiri lemas

Pelajar tingkatan dua dikhuatiri lemas
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat selepas seorang pelajar tingkatan dua dikatakan terjatuh di tali air Lorong Indera Sempurna 2, Perkampungan Indera Sempurna, Kuantan, petang tadi. NSTP/Ihsan JBPM Pahang

KUANTAN: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua dikhuatiri lemas ketika mandi di tali air Lorong Indera Sempurna 2, Perkampungan Indera Sempurna, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mangsa, Mohamad Amirul Haikal Che Jaafar, 14, dari Taman Indera Sempurna, di sini.

Katanya, berdasarkan laporan, mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Kilau, di sini dikatakan mandi bersama enam rakannya di tali air itu, kira-kira jam 3.50 petang.



“Susulan kejadian itu, operasi mencari dan penyelamat (SAR) digerakkan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

“Seramai 11 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas terbabit dan operasi pencarian akan disambung pada jam 8 pagi esok, jika mangsa tidak ditemui,” katanya.

Pelajar tingkatan dua dikhuatiri lemas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selepas Kemenangan Dr Sam, Apakah Kabinet Bayangan Lama PN Masih Relevan?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button