Resepi Kuih Puteri Ayu

Resepi Kuih Puteri Ayu
Resepi Kuih Puteri Ayu

Resepi Kuih Puteri Ayu

Kali ni jom kita tengok cara untuk buat antara kuih yang menjadi kegemaran ramai, kuih yang selalu dibuat berniaga dan kuih yang wajib dijual waktu bulan puasa, kuih puteri ayu atau kuih seri ayu nama diberi. Che Nom akan tunjuk cara bermula dari penyediaan bahagian kelapa, yang kita perlu tekan rapat dan kukus.

Kemudian, tunjuk pulak cara untuk buat yang bahagian gebu bahagian hijau pula. Kuih ni sangat gebu, lembut dan wangi pandan tu memang harum sangat. Rasa pun bagi Che Nom manis tu sedang elok saja, kena lah sangat dengan bahagian kelapa bila dimakan. Anggaran hasil : 40 biji

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan lapisan hijau:
    • 2 biji telur saiz A
    • 1 cawan /200g gula kastor
    • 1 sudu kecil ovalette
    • 1 sudu kecil pewarna hijau
    • ¼ cawan /60ml jus pandan
    • ¾ cawan /190ml santan kotak
    • 1 ½ cawan /190g tepung gandum
    • ½ cawan /60g tepung jagung
    • (**boleh terus guna 2 cawan tepung gandum tanpa tepung jagung)
    • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • Bahan-bahan lapisan kelapa:
    • 2 cawan kelapa parut
    • 1 sudu besar tepung ubi
    • 1 sudu kecil garam halus (letak sikit-sikit dan rasa)

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk lapisan kelapa:
    1. Gris sekata acuan dengan minyak masak.
    2. Gaul kelapa parut dengan tepung ubi dan garam halus.
    3. Masukkan adunan kelapa parut dalam acuan, lalu tekan sehingga padat ke dalam acuan.
    4. Kukus kelapa parut selama 10 minit.
  2. Cara-cara untuk lapisan hijau:
    1. Kisar halus potongan daun pandan dengan air, lalu tapis jus daun pandan.
    2. Masukkan santan kotak pada jus daun pandan.
    3. Untuk bahan kering, ayak tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik.
    4. Adunkan telur dan gula kastor sehingga kembang serta menjadi adunan berwarna kuning pucat.
    5. Tambah ovallete dan sambung adun sehingga adunan menjadi putih dan pekat.
    6. Masukkan pewarna hijau serta adunan santan dan pandan secara berselang-seli dengan bahan ayak. Adun kesemua bahan sekejap sahaja.
    7. Masukkan kedalam piping bag dan paip masuk kedalam acuan kelapa parut.
    8. Kukus lebih kurang dalam 15 minit atau sehingga kuih kembang.
    9. Kemudian, keluarkan kuih daripada acuan dan sejukkan. Kuih Puteri Ayu siap untuk dihidang.

Tip:

  • Selain daripada tepung gandum dan tepung jagung, boleh juga digantikan dengan tepung kek.
  • Ikatkan penutup kukus dengan kain supaya air kukusan serap pada kain dan tidak terkena kuih.

Resepi Apam Kampung



Resepi Kuih Puteri Ayu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Penyatuan Umah PAS  adalah menolak saf besar dan pilih saf kecil.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button