Waffle Rangup & Lembut Gebu, Kalah Kedai Punya!
Kali ni jom kita buat waffle! Che Nom ada resepi baru yang mantap untuk hasilkan waffle yang rangup di luar, tak padat dan lembut di dalam. Dulu Che Nom guna bancuhan yang sama untuk pancake untuk masak waffle, memang kurang sedap. Dan kali ni juga, Che Nom nak test mesin waffle yang baru beli. Pertama kali nak guna.
Mula-mula kita sediakan buttermilk secara homemade menggunakan susu & lemon, kemudian guna kan buttermilk untuk buat adunan waffle. Cara bancuhan waffle pun sangat penting untuk elakkan hasil waffle kita keras dan tak menjadi sedap. Jadi, bukan sahaja resepi, cara pun kena bagi perhatian.
Akhir sekali kita masak adunan menggunakan waffle maker, sampai perang dan garing. Boleh dihidang dengan sos coklat homemade. Sedap sangat. Jimat pun jimat, satu rumah boleh makan.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan waffle:
- 2 cawan susu krim penuh
- 2 sb jus lemon
- 2/3 cawan minyak jagung (boleh kurangkan kpd 1/2 cawan jika suka)
- 2 biji telur
- 2 1/4 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 2 sb gula halus
- 1 sk serbuk penaik
- 1/2 sk soda bikarbonat
- 1/2 sk garam
- 1 1/2 sk esen vanila
- Bahan-bahan sos coklat:
- 1 cawan kepingan coklat
- 1 sb mentega
- 1/4 cawan susu krim penuh
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk adunan waffle:
- Perah dan ambil jus lemon. Masukkan jus lemon dan susu full cream kedalam mangkuk. Kacau sebati dan ketepikan.
- Dalam mangkuk yang berasingan, masukan tepung gandum, tepung jagung, garam, serbuk penaik, baking soda dan gula halus. Gaul sebati kesemua bahan.
- Pecahkan telur dan asingkan kuning dan putih telur. Pukul putih telur sampai kembang.
- Masukkan kuning telur, esen vanilla dan minyak jagung (boleh ganti minyak masak) kedalam adunan susu (buttermilk).
- Masukkan adunan basah ke dalam adunan kering. Kacau sebati (jangan terlebih kacau).
- Masukkan adunan telur putih dan kacau sebati perlahan-lahan.
- Cara-cara untuk sos coklat:
- Cairkan kepingan coklat, susu full cream dan butter.
- Keluarkan dari microwave dan kacau sebati.
- Cara-cara untuk masak waffle:
- Gris waffle maker plate dengan minyak.
- Masukkan adunan waffle dan masak anggaran 4 minit 30 saat.
- Hidangkan bersama sos coklat.
Tip:
- Untuk tahu putih telur telah cukup kembang, angkat sikit (dengan whisk atau sudu), kalau jadi bertanduk kiranya dah kembang.
- Jangan terlebih kacau adunan waffle, takut terhasil gluten. Gluten yang akan menyebabkan waffle keras.
- Cairkan coklat sekadar lembut tak perlu mendidih, kalau terlebih panas takut coklat rosak.
- Kalau nak garing tahan lama, rehatkan waffle atas cooling rack.
Penyatuan Umah PAS adalah menolak saf besar dan pilih saf kecil.
Waffle Rangup & Lembut Gebu, Kalah Kedai Punya!
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pulau Batu Puteh -PM Sahkan Mahathir cuai dan salah, berapa billion harus Bangsa Johor tuntut?
- Malaysia akan dapat PM bergilir-gilir?
- Kerana Gagal Mendapatkan 47 Kerusi, Hadi Awang Tuduh Pemimpin BN Amalkan Rasuah Sebagai Sebab MN Berkubur!!!
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Penyatuan Umah PAS adalah menolak saf besar dan pilih saf kecil.