Dua gelandangan dipercayai bergaduh, seorang maut

Dua gelandangan dipercayai bergaduh, seorang maut

Dua gelandangan dipercayai bergaduh, seorang maut
GAMBAR hiasan

IPOH: Mayat seorang lelaki gelandangan ditemukan di lorong berhampiran kaki lima jalan Leong Sin Nam, di sini awal pagi tadi, disyaki mangsa bunuh.

Mayat lelaki berusia 68 tahun itu ditemukan kira-kira jam 5.15 pagi itu, disyaki dipukul di kawasan kaki lima bangunan oleh seorang lagi gelandangan berusia 51 tahun yang dipercayai marah dengan mangsa sebelum bertindak memukulnya.

Polis menerima laporan kira-kira jam 5.20 pagi bergegas ke lokasi sebelum berjaya menangkap suspek dan membuka siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Sementara itu, pekerja restoran berhampiran yang enggan dikenali, berkata dia tiba di tempat kerja pada jam 3 pagi sebelum terdengar bunyi pergaduhan di lokasi berhampiran, kira-kira jam 5 pagi.

“Saya dengar bunyi sangat kuasa seperti orang bergaduh dan bunyi kaca pecah lalu keluar untuk memeriksa. Selepas itu, saya terus hubungi polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui.

Katanya, gelandangan yang dipercayai menjadi mangsa sememangnya kerap tidur di kawasan itu.

Anwar Ibrahim ‘wajib’ dilantik sebagai PM



Dua gelandangan dipercayai bergaduh, seorang maut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Ibrahim ‘wajib’ dilantik sebagai PM



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading