Jadi GRO cari duit biaya kos tukar jantina

Jadi GRO cari duit biaya kos tukar jantina

Jadi GRO cari duit biaya kos tukar jantina
Lelaki berperwatakan wanita yang ditahan Jabatan Imigresen di sebuah kelab malam di Sungai Petani. – NSTP/IZAD THAQIF HASSAN

SUNGAI PETANI: Cari modal untuk tampung kos pembedahan tukar jantina.

Itu alasan seorang lelaki berperwatakan wanita warga Thailand yang dicekup Jabatan Imigresen Kedah dalam serbuan di sebuah kelab malam di Taman Pekan Baru, dekat sini, malam tadi.

Op Gegar selama dua jam brmula 11 malam disertai 14 pegawai Imigresen menahan lelaki berusia 20-an berkenaan bersama 10 wanita warga asing yang dikesan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di premis terbabit.



Ketika operasi, ada antara GRO berkenaan dilihat melarikan diri melalui pintu belakang, namun gagal lolos kerana dikunci, malah ada juga lari bersembunyi di dalam tandas, tetapi berjaya dikesan pasukan serbuan.

Dia disangka takut ditahan, tetapi selepas dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen untuk proses dokumentasi, rahsia sebalik sikap pendiamnya akhirnya terbongkar.

Dalam siasatan lanjut, dia mengaku mahu mencari wang dengan cara mudah dan pantas untuk melakukan pembedahan menukar jantina di negara asal.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain, berkata 11 individu berusia 18 hingga 44 tahun ditahan, terdiri seorang lelaki berperwatakan wanita warga Thailand, tujuh wanita Thailand dan tiga wanita Vietnam.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) akta yang sama dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Menurutnya, semua mereka akan direman bagi membantu siasatan dan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Belantik di Sik.

Anwar Ibrahim ‘wajib’ dilantik sebagai PM



Jadi GRO cari duit biaya kos tukar jantina


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Ibrahim ‘wajib’ dilantik sebagai PM

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading