Kecederaan Sane risaukan kem Jerman

Munich: Pemain lincah Bayern Munich, Leroy Sane mengalami otot koyak ketika menang 5-0 ke atas Freiburg, Ahad lalu, umum kelab itu, sekali gus menimbulkan kesangsian bersama skuad Jerman ke Piala Dunia di Qatar, bulan depan.

Bayern berkata, otot belakang paha kirinya koyak dan tidak memberi jangkaan bila dia akan kembali beraksi, tetapi media Jerman menjangkakan dia akan terrsisih selama tiga minggu.

Pemain berusia 26 tahun itu mempamerkan prestasi terbaik bersama gergasi Jerman itu apabila menjaringkan 10 gol dalam semua kejohanan musim ini, termasuk lima gol dalam lima perlawanan terakhir.



Dia turut menjaringkan satu gol dan membuat satu bantuan jaringan ketika menewaskan Freiburg.

Jerman yang diundi dalam Kumpulan E bersama-sama Sepanyol, Costa Rica dan Jepun di Piala Dunia di Qatar dari 20 November hingga 18 Disember, belum mengumumkan barisan pemainnya.

Mereka akan memulakan kempen menentang Jepun pada 23 November.

Bayern akan berkunjung ke Augsburg untuk perlawanan Piala Jerman, esok, sebelum menentang Hoffenheim pada alsi Bundesliga pada Sabtu dan kemudian bertemu Barcelona pada kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Rabu minggu depan.



METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading