‘Starterpack’ PRU15 Pakatan Harapan bermula

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


'Starterpack' PRU15 Pakatan Harapan bermula

Apabila gendang PRU15 dipalu, ‘starterpack’ Pakatan Harapan pun bermula bagi memburukkan imej Barisan Nasional di mata rakyat.



Bermula dengan alasan pilihanraya banjir, foto lama yang tidak ada kena mengena dengan PRU15 turut dimainkan semula oleh penyokong PH.

Antara modus operandi PH 

  • foto pengundi hantu
  • foto sampul duit dengan lambang BN
  • foto warga asing memakai baju BN
  • akaun palsu mula menaikmuat poster menghasut rakyat

Semua saluran media sosial akan dipenuhi dengan video lama, foto lama serta hasutan-hasutan kononnya BN meletakkan nyawa rakyat dalam bahaya bila mahu membuat Pilihanraya Umum dalam musim banjir.

'Starterpack' PRU15 Pakatan Harapan bermula



Namun demikian, rakyat bukannya bodoh untuk diperbodohkan berkali-kali. Mereka sudah ‘masak’ dengan cara PH cuba mengaburi mata rakyat.

Cukuplah 22 bulan PH membuat onar selepas mengambil alih Putrajaya. Rakyat masih ingat kandungan manifesto PH yang tidak ditunaikan dengan 1,001 alasan.

Sebenarnya bila dinilai kembali mengapa PH ‘ketakutan’ bila Parlimen dibubarkan, mereka tahu tiada alasan dapat diberikan berkenaan kegagalan mereka mentadbir negara selepas diberikan peluang.

KEKALAHAN MEMALUKAN DI PRN MELAKA & JOHOR

'Starterpack' PRU15 Pakatan Harapan bermula



Kekalahan memalukan dalam 2 PRN-Melaka dan Johor banyak mengajar mereka apa itu ‘kuasa rakyat’. Selepas tidak berjaya mengotakan segala janji, PH memang mencari pihak lain untuk dipersalahkan.

BN digambarkan sebagai ‘musuh utama’ bukan sahaja Pakatan Harapan malah Perikatan Nasional juga melabelkan begitu. 

Walaupun cuba untuk membentuk ‘khemah besar’ menggabungkan PH dan PN, idea tersebut menemui jalan buntu kerana pertentangan prinsip parti-parti gabungan kedua entiti tersebut.

PH & PN PERLU MASA UNTUK KUMPUL SEMULA KEKUATAN JENTERA



Semua sedia maklum, jentera parti sangat penting apabila tibanya Pilihanraya Umum. Untuk mengumpulkan semula kekuatan jentera bukan perkara mudah apatah lagi dengan pertambahan jumlah pengundi yang mendadak naik.

Banyak aspek penerangan serta gerak kerja memerlukan sejumlah besar jentera dimana PH dan PN masih terkial mencarinya. 

Ramai penyokong yang kecewa dengan prestasi kedua parti mula menjauhkan diri dari membuat kerja parti kerana mereka merasakan tidak berbaloi pengorbanan yang dilakukan untuk parti.

Oleh demikian, baik PH mahupun PN, pencarian sukarelawan bagi menguatkan jentera menjadi antara fokus utama mereka menghadapi PRU15.



Apabila jentera tidak mempunyai kekuatan yang cukup, tidak mustahil kempen PH dan PN tidak akan tersebar seperti yang dikehendaki sekaligus menutup ruang kemenangan yang diperlukan.

Justeru, segala alasan yang difikirkan boleh membantu melengahkan pembubaran parlimen akan digunakan mereka sementara pencarian jentera ampuh menghadapi PRU15.

MEMAINKAN NARATIF BN MENYUSAHKAN RAKYAT, PH PRIHATIN DENGAN KEHIDUPAN

'Starterpack' PRU15 Pakatan Harapan bermula

 



Bagi menyakinkan rakyat PH telah bersedia untuk kembali ke Putrajaya, mereka perlu memastikan pemikiran rakyat menerima segala naratif yang disediakan untuk kempen PRU15.

Biarpun BN dimomokkan sebagai menyusahkan rakyat untuk keluar mengundi, banjir jadi halangan serta kemungkinan berlaku penipuan undi dalam peti undi, rakyat semakin faham selama ini mereka telah ‘tertipu’ dengan ‘pembohongan’ PH.

Biarpun PH ‘berlakon’ merekalah ‘juara rakyat’, hakikat sebenar yang rakyat nampak, BN tetap turun membantu rakyat biarpun bukan lagi kerajaan.

Inilah penilaian yang perlu difikirkan rakyat dan bukannya menggunakan emosi seperti dilakukan dalam ‘Stater pack’ PH.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button