Milan kembali hidupkan peluang

Zagreb: AC Milan menghidupkan peluang untuk layak ke saingan 16 akhir Liga Juara-Juara selepas menang 4-0 ke atas Dinamo Zagreb dalam aksi Kumpulan E pagi tadi.

Selepas kekalahan berturut-turut kepada Chelsea dalam dua aksi terdahulu, menyaksikan Milan hanya memiliki peluang terhad ke peringkat kalah mati namun tandukan Matteo Gabbia pada separuh masa pertama membawa mereka menuju kemenangan penting di Croatia.

Larian solo penyerang Portugal, Rafael Leao sebelum melakukan penyudah pada awal separuh masa kedua meletakkan pasukan tuan rumah dalam kesukaran sebelum Olivier Giroud meledak gol ketiga melalui sepakan penalti.



Gol sendiri pada lewat perlawanan mengesahkan kemenangan kedua Milan dalam kempen Eropah seterusnya melonjakkan mereka di tangga kedua dengan tujuh mata.

Jika berjaya mengelak kekalahan minggu depan berdepan pasukan tangga ketiga, Red Bull Salzburg mereka akan mara ke pusingan 16 akhir.

“Saya rasa ia jelas bahawa peningkatan kami berterusan dalam peringkat kelayakan.

“Kami perlu bermain dengan mentaliti kami dan ia adalah langkah seterusnya, di mana kami akan menunjukkan bahawa kami melakukan yang lebih baik daripada tahun lalu.



“Selepas menyelesaikan beberapa masalah, kami meneruskan serangan dengan ramai pemain. Ia adalah kemenangan penting. Kami mesti menyelesaikan kerja ini minggu depan,” kata jurulatih Milan Stefano Pioli.

METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading