Resort berbentuk permainan ‘Jenga’ paling mewah di dunia

Resort berbentuk permainan ‘Jenga’ paling mewah di dunia

Resort berbentuk permainan ‘Jenga’ paling mewah di dunia
PEMANDANGAN resort Atlantis The Royal di Palm Jumeirah, Dubai yang dirakam menggunakan dron.-AGENSI

DUBAI: Sebuah resort lima bintang termewah di dunia dengan reka bentuk unik bagaikan permainan jenga, menjanjikan pengalaman percutian luar biasa apabila dibuka kepada pengunjung yang tiba di Dubai awal tahun depan.

Resort Atlantis The Royal yang terletak di kawasan pulau buatan di kepulauan Palm Jumeirah itu menjadi antara bangunan mega paling menonjol dalam landskap bandar Dubai kini.

Menurut portal Daily Mail, bangunan hotel mewah terdiri daripada enam menara itu mempunyai 795 bilik yang menyediakan penginapan bermula sekitar AS$850 (RM4,018) satu malam dan tempahan sudah mula dibuka kelmarin.



Antara tarikan utama resort tersebut termasuk ruang hiburan dan aktiviti luar di sekitar jambatan di tingkat 22, kolam renang besar sepanjang 90 meter serta restoran mewah yang turut menempatkan akuarium obor-obor terbesar di dunia.

Penginapan termahal resort itu disediakan di 44 suite mewah dan penthouse yang kesemuanya mempunyai kolam renang peribadi, perkhidmatan pelayan ‘butler’ dan senarai menu bantal kepala dan bantal peluk pelbagai jenis termasuk kekabu dan memory foam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Pengarah Urusan Atlantis Dubai, Tim Kelly berkata, terdapat pelbagai jenis air pancut unik menghiasi ruang dan sudut hotel antaranya Skyblaze yang turut menghembuskan api dan pertama seumpamanya di Asia Barat.

“Waktunya sudah tiba untuk kami memperkenalkan Atlantis The Royal sebagai pusat peranginan hiburan ultra-mewah di dunia. Pembukaan resort seperti ini hanya muncul sekali atau dua kali dalam satu dekad dan kami tidak sabar untuk berkongsi dengan dunia.



“Kami telah membuka tempahan lebih awal dan akan mengadakan majlis perasmian besar-besaran sebelum mula menerima kedatangan tetamu awal tahun depan,” katanya.

Lim Guan Eng cuba ‘bodohkan’ rakyat sekali lagi

Resort berbentuk permainan ‘Jenga’ paling mewah di dunia

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Lim Guan Eng cuba ‘bodohkan’ rakyat sekali lagi

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button