Selepas Biduk Berlalu, Kiambang Pasti Akan Bertaut Kembali

Selepas Biduk Berlalu, Kiambang Pasti Akan Bertaut Kembali

Selepas Biduk Berlalu, Kiambang Pasti Akan Bertaut Kembali

Akhirnya penantian untuk mengetahui senarai yang akan diketengahkan sebagai calon Barisan Nasional untuk PRU 15 berakhir.

Secara rasminya, presiden UMNO, DS Zahid, telah mengumumkannya di dalam majlis yang diadakan malam semalam.



Seperti yang diduga, pasti akan ada bantahan dan suara tidak puas hati dari beberapa pihak kerana pemimpin mereka tidak dicalonkan semula.

Antara muka-muka lama yang digugurkan adalah:

  1. Tajuddin Abdul Rahman
  2. Dr Adham Baba
  3. Halimah Sadique
  4. Annuar Musa
  5. Shahidan Kassim
  6. Zahidi Zainul Abidin
  7. Mastura Yazid

Kepada nama yang telah disenaraikan sebagai calon Barisan Nasional untuk PRU15 berusahalah bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam PRU 15.

Pikullah amanah dan tanggungjawab yang telah diberi dengan sedaya upaya dan sebaik mungkin.



Pertanggungjawaban terhadap amanah yang dipikul tidak berakhir dengan berakhirnya nafas kita di dunia.

Ianya akan dipersoal dengan terperinci di akhirat nanti.

Terima Keputusan Pucuk Pimpinan Dengan Fikiran Dan Hati Yang Terbuka

Selepas Biduk Berlalu, Kiambang Pasti Akan Bertaut Kembali

Kepada yang tidak dicalonkan, dinasihatkan supaya bersikap berlapang dada dan menerimanya dengan penuh keredhaan.



Janganlah pula hanya kerana nama kita tidak disenaraikan, maka kita mengambil keputusan untuk menghasut akar umbi supaya sabotaj parti kita.

Sikap sedemikian hanya akan merosakkan nama pemimpin berkenaan sebagai pemimpin yang jujur dan ikhlas berjuang untuk rakyat dan parti.

Apalah gunanya hanya kita seorang sahaja yang puas hati tetapi akhirnya parti kita kehilangan satu kerusi parlimen yang sepatutnya menjadi milik kita.

Lagi pun kebanyakan nama yang digugurkan sudah menjadi ahli parlimen selama sekurang-kurangnya 2 penggal.



Itu tidak termasuk jawatan menteri, timbalan menteru, pengerusi GLC dan pelbagai jawatan lain lagi.

Janganlah sampai dilihat sebagai pemimpin yang terlalu mementingkan diri sendiri sehingga mahu menongkat langit dengan jawatan yang dipegang selama ini.

Berilah peluang kepada muka baharu supaya proses peremajaan parti dapat dilakukan dengan lancar.

Namun penulis percaya, UMNO adalah parti keramat.



Benar ada yang terluka, ada yang kecewa dan ada yang terasa hati apabila nama tiada dalam senarai calon.

Kepada cytro UMNO, akar umbi UMNO dan pemimpin UMNO, dinasihatkan jangan diganggu mereka untuk seketika.

Apabila yang terluka sudah dapat dirawat, yang kecewa sudah kembali bersemangat, pasti selepas biduk berlalu, kiambang yang terpisah buat seketika akan bertaut kembali.

Kerana itulah roh dan semangat perjuangan parti UMNO.



 

Biduk Berlalu, Kiambang Pasti Akan Bertaut Kembali

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button