Kedatangan Mahathir Ke Sabah Yang Di Sambut Hajiji Timbulkan Tandatanya

Kedatangan Mahathir Ke Sabah Yang Di Sambut Hajiji Timbulkan Tandatanya

Kedatangan Mahathir Ke Sabah Yang Di Sambut Hajiji Timbulkan Tandatanya

Secara tiba-tiba tersebar berita Dr Mahathir membuat kunjungan ke Sabah.

Lebih menimbulkan persoalan apabila kedatangan Dr Mahathir yang menggunakan jet peribadi itu disambut oleh pengerusi parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji Noor.



Apabila ditanya oleh wartawan mengenai kunjungan beliau ke Sabah, Dr Mahathir sekadar memberitahu tiada kaitan dengan politik, hanya kunjungan biasa.

Namun begitu, Dr Mahathir dilaporkan akan berjumpa dengan semua ketua parti di Sabah.

Baca di sini:

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/11/06/after-sabah-welcome-by-hajiji-dr-mahathir-says-alliance-a-question-for-the-future/37876



Persoalan yang bermain di kalangan pemerhati politik adalah apakah kunjungan Dr Mahathir ke Sabah itu adalah sebahagian dari usaha membentuk jajaran baharu dengan GRS?

Sekiranya ini benar, bagaimana pula dengan kedudukan Barisan Nasional di Sabah.

Untuk rekod, Barisan Nasional berkerjasama dengan GRS untuk membentuk kerajaan negeri selepas PRN Sabah.

GRS sebuah gabungan pelbagai parti mempunyai 24 kerusi dan BN Sabah mempunyai 14 kerusi.



Jumlah kerusi gabungan antara GRS dan BN adalah 38 kerusi DUN dan ianya melebihi dari jumlah 37 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Jumlah kerusi yang dimiliki oleh Warisan+ adalah 32 kerusi DUN dan Bebas 3 kerusi DUN.

BN Sabah Sekali Lagi Di Khianati PPBM/GRS?

Ini bermakna, sekiranya GRS membuat keputusan untuk berkerjasama dengan Warisan, jumlah kerusi yang mereka ada sebanyak 56 kerusi DUN.

Sekiranya ini berlaku, maka BN Sabah akan kembali menjadi pembangkang di Sabah.



Apakah ini yang sedang diusahakan oleh Dr Mahathir dan Hajiji?

Jangan kita lupa, presiden Warisan, Shafie Apdal, merupakan sekutu kuat Dr Mahathir.

Lebih menimbulkan persoalan apabila perjumpaan ini dilakukan selepas penamaan calon untuk PRU 15.

BN Sabah sudah pun membuat keputusan untuk berkerjasama dengan GRS dan hanya bertanding 11 kerusi parlimen dari 25 kerusi parlimen yang ada di Sabah.



Apakah ini bermaksud BN Sabah sekali lagi telah dipermainkan oleh PPBM Sabah?

Muhyiddin pernah mengeluarkan kenyataan bahawa semua kerusi yang dimenangi oleh GRS akan dianggap sebagai kerusi PN.

Baca di sini:

https://inisabahbah.com/muhyiddin-kemenangan-calon-grs-ialah-kemenangan-bersatu-pn/?lang=ms



Sekiranya ini berlaku, maka sekali lagi BN Sabah dikhianati oleh PPBM/GRS dan walau pun ianya disedari sekarang, namun ianya ibarat nasi sudah menjadi bubur.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/10/27/pru-15-sekali-lagi-bn-sabah-akan-di-khianati-ppbm-grs/

 

Kedatangan Mahathir Ke Sabah Yang Di Sambut Hajiji Timbulkan Tandatanya

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button