Pemuda beri sebab kenapa kehidupan di Malaysia tetap lebih baik
Dah jejak 27 negara, 5 tahun menetap di overseas
Pemuda beri sebab kenapa kehidupan di Malaysia tetap lebih baik
HUJAN emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri!
Ungkapan ini seperti sudah sebati dalam masyarakat untuk untuk membezakan kehidupan di negara kelahiran sendiri dengan di luar negara.
Melihat sanak saudara atau rakan-rakan merantau atau melancong ke luar negara, pasti ramai yang kagum melihat mereka dari kejauhan.
Menurut Rin yang sudah menjejakkan kaki ke 27 negara di serata dunia, dia berasa bertuah kerana dilahirkan di tanah air beriklim tropika.
“Bangun pagi tadi tetiba rasa bersyukur hidup di Malaysia, negara iklim tropika. Tak perlu beli jaket tebal yang mahal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahidan Bakal Cabar Hadi Awang Dalam Muktamar PAS Akan Datang
- Masih Relevankah Alasan 22 Bulan Tidak Cukup Untuk Bangunkan Negara
- Bila PN Berikan Pujian Kepada PH, Apa Maksudnya
“Tak perlu bayar kos gas heating rumah yang mahal masa winter.
“Nak makan sayur boleh kutip all year round. Tak perlu simpan kobis dalam kimchi,” tulis Rin yang pernah melanjutkan pengajian di Korea Selatan selama lima tahun.
Rin menceritakan bagaimana kimchi merupakan satu proses pengawetan sayur di Korea kerana ketika musim sejuk kebanyakan tanaman akan memasuki mod ‘hibernasi’.
“Seriously korang. Orang Korea cipta kimchi sebab mereka nak preserve sayur supaya tahan masa winter. Masa winter semua pokok luruh, mati, tak ada yang tumbuh.
“Kita dekat Malaysia nak makan pucuk boleh kutip dari pokok sebelah rumah sepanjang tahun. It is a huge flex,” katanya bangga dengan nikmat yang dimiliki negara ini.
Tambah Rin lagi, cuaca sejuk di negara Eropah pula menyaksikan kebergantungan penduduk kepada gas untuk memanaskan kediaman terutamanya pada musim salji.
“Eropah gunakan gas untuk heating system rumah. Majoriti gas ni dari Rusia tapi sebab tengah konflik Rusia-Ukraine dan sekatan perdagangan, Rusia tak bekalkan lagi gas.
Kita kat Malaysia perlu gas nak masak je. It is a flex.
Rin Mansor
“Eropah tengah takut bekalan gas tak cukup winter ni. Dah la harga gas mahal.
“Kita dekat Malaysia perlu gas nak masak je. It is a flex,” ujarnya merujuk kepada Malaysia yang tidak mempunyai kerisauan sebegitu kerana beriklim khatulistiwa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Janji manifesto PRU15 PH di umum oleh Anwar ada ‘Tapi’ nya.
- Kemajuan negara akan terbantut selagi ada politik cara Mahathir.
- Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS
Bagaimanapun, Rin tidak menghalang mereka yang hendak berkelana atau mahu menjadi anak perantauan kerana banyak perkara yang boleh menjadi pembuka mata ketika berada di negara orang.
“Kalau ada peluang untuk belajar atau dapat offer berkerja di luar negara dengan gaji lumayan, boleh la cuba pergi untuk menimba pengalaman.
“Kalau bukan untuk belajar atau kerja, pergi melancong pun cukup bagus juga. Supaya kita boleh perhatikan cara hidup manusia berlainan budaya dan gaya hidup.
“Dari situ, kita belajar tengok negara sendiri daripada perspektif baharu. Contoh dan idea yang baik kita boleh bawa balik ke Malaysia,” jelas Rin ketika dihubungi mStar.
Berdasarkan pengalaman peribadi Rin yang pernah menetap di Korea Selatan dan Singapura, dia dapat melihat kepentingan pengangkutan awam yang sistematik dan bandar mesra pejalan kaki.
Selain itu, warga maya juga tidak melepaskan peluang menceritakan pengalaman mereka ketika menetap di negara luar.
“Masa pun elok je 12 jam siang dan 12 jam malam, tak ada siang panjang ke atau malam panjang, puasa pun konsisten. Memang satu rahmat,” tulis seorang warga maya.
“Ya, saya duduk Korea dulu pernah sahur pukul 3 pagi buka puasa pukul 9 malam, seksa weh,” Rin membuat ciapan balas.
“Yes, saya duduk oversea hampir 10 tahun tetapi saya sayang Malaysia sehingga ke penghujung nyawa saya.
“Okay serius, dulu masa kecil memang terkinja nak duduk dalam winter, sekali dah rasa memang tak mahu lagi dah, nak duduk Malaysia for good,” kata beberapa netizen.
Pemuda beri sebab kenapa kehidupan di Malaysia tetap lebih baik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di tolak oleh rakyat , Mahathir dalam sindrom penafian.
- Anwar akan kerjakan Mahathir dan Daim jika Pakatan Harapan menang PRU15.
- Shahidan Bakal Cabar Hadi Awang Dalam Muktamar PAS Akan Datang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :