Pusat Kawalan bersedia banjir kilat Taman Sri Muda

Pusat Kawalan bersedia banjir kilat Taman Sri Muda

Pusat Kawalan bersedia banjir kilat Taman Sri Muda
ABDUL Latiff Ahmad (kiri) ketika melawat PKTK di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor. UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM: Susulan kenaikan air di Taman Sri Muda, semalam, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, pusat tersebut ditubuhkan sebagai persediaan sekiranya berlaku banjir kilat di sini serta Kota Kemuning.

“PKTK akan beroperasi selama 24 jam dengan beberapa anggota daripada bomba, polis, pihak berkuasa tempatan (PBT), pejabat daerah dan lain-lain lagi.

“Saya memuji tindakan pantas yang dibuat JBPD untuk menubuhkan pusat ini sekiranya apa-apa berlaku,” katanya selepas melawat PKTK di Taman Sri Muda, di sini, malam tadi.



Menurutnya, tujuh anggota bomba daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor serta lima buah bot ditempatkan di PKTK.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

Selain penubuhan pusat itu, kata Abdul Latiff, sebanyak lapan buah pam air ditempatkan di dua lokasi dalam taman tersebut sekiranya air melimpah ke kawasan daratan.

Dalam pada itu, Abdul Latiff memaklumkan bahawa air yang naik di beberapa kawasan di Shah Alam mulai surut pukul 8 malam tadi selepas hujan pada kadar 55 milimeter (mm) di Taman Sri Muda petang semalam mengakibatkan banjir kilat. – UTUSAN



Mana janji tembok penghadang banjir ?

Pusat Kawalan bersedia banjir kilat Taman Sri Muda

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Mana janji tembok penghadang banjir ?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button