Resepi Lontong dan Kuah Lodeh
Resepi Lontong dan Kuah Lodeh, yang selalu dihidangkan buat sarapan pagi atau juga hidangan di hari raya. Ada orang mengatakan Lontong dan Kuah Lodeh tidak patut dihidangkan di hari raya, tapi bagi Che Nom selera masing-masing yang mungkin juga berlainan tempat adalah tidak sama.
Walau apa pun, lontong ni adalah makanan kegemaran Che Nom kerana ada banyak bahan sayuran dalam kuahnya, yang juga dimasak bersama udang segar dan dipadankan pula dengan keenakan Sambal Sotong Kembang Berkacang yang pedas dan berlemak. Boleh juga dimakan bersama sambal ikan bilis. Untuk hidangan tambahan Che Nom taburkan bersama tempe goreng rangup dan ikan bilis goreng kerana terpikat dengan cara ibu saudara yang berasal dari Acheh menghidangkan Lontong di majlis rumah terbuka nya. Cubalah…Pasti sedap!
Bahan-bahan:
- 2 inci lengkuas, dititik
- 2 batang serai, dititik
- 500 gram udang
- 1 kotak santan segera
- ATAU santan dari 1/2 biji kelapa
- 1 batang karot, potong panjang
- 7-8 batang kacang panjang, potong
- 1/2 biji sengkuang
- 1 bungkus tempe, potong kiub
- 3 ketul tauhu, potong kiub
- 1 genggam suun
- 3-4 keping fucuk, rendam lembut dan potong 1 inci panjang
- sedikit kubis cincang (anggaran 1/4 bahagian)
- Bahan untuk kisar halus:
- 1 biji bawang besar
- 2 inci kunyit hidup
- ATAU 2 sudu kecil kunyit serbuk
- 1 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- 3 sudu besar udang kering, rendam bersama air seketika
- Bahan untuk dihidang bersama:
- nasi impit, rebus
- telur, rebus
- tempe, hiris nipis dan goreng garing (optional)
- ikan bilis kecil, goreng (optional)
Cara Penyediaan:
- Bersihkan udang, buang kepala dan kulit (jika suka).
- Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga kekuningan dan naik bau dan kemudian masukkan lenkuas dan serai yang dititik.
- Masukkan udang dan kacau seketika. Kemudian tuang santan cair dan masak hingga mendidih.
- Masukkan sayur karot, kacang panjang, sengkuang sehingga lembut.
- Masukkan pula tempe, tauhu, suun, fucuk dan kubis sehingga lembut.
- Setelah lembut masukkan pula santan pekat dan masak di atas api yang perlahan. Teruskan mengacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul. Tambahkan air yang secukupnya jika kuah terlalu pekat.
- Hidangkan bersama nasi impit, telur rebus, tempe goreng dan ikan bilis goreng.
- Sudukan sambal ikan bilis atau sambal sotong rendam untuk melengkapkan hidangan.
Tip:
- Dicadangkan supaya anda gunakan kunyit hidup sebagai bahan utama kerana rasa dan aroma kunyit hidup menambahkan lagi kesedapan kuah lodeh.
Resepi Lontong dan Kuah Lodeh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di tolak oleh rakyat , Mahathir dalam sindrom penafian.
- Anwar akan kerjakan Mahathir dan Daim jika Pakatan Harapan menang PRU15.
- Shahidan Bakal Cabar Hadi Awang Dalam Muktamar PAS Akan Datang