Rafique syok sendiri, naik hantu



MUHAMMAD Rafique Rashid Ali melabel musuh politiknya penakut tanpa menyedari Tun Dr. Mahathir Mohamad lebih dahulu melabel dirinya sebagai calon yang memerlukan bimbingan orang tua.

 

Oleh Azrin Muhammad

SHAH ALAM – Baru beberapa hari mendapat kunjungan daripada Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhamamd Rafique Rashid Ali mulai syok sendiri apabila yakin musuh-musuhnya di Parlimen Shah Alam berasa takut untuk berhadapan dengannya.

Tidak peka dengan cuaca dan masalah semasa, Rafique bersama-sama pengikutnya mengecam mana-mana musuh politiknya di Shah Alam sebagai penakut jika tidak berhadapan dengannya berdiskusi mengenai masalah rakyat setempat.



Mungkin juga mental saudara Rafique sudah koyak gara-gara pengerusi parti yang disertainya itu telah menguarkan kenyataan pedas di hadapan khalayak, Rafique seperti mahu membuktikan dirinya tidak sepertimana dimaksudkan ‘big boss’.

Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, kesemua calon baharu memerlukan bantuan daripada pemain-pemain politik lama untuk berkempen kerana tidak mempunyai pengalaman yang cukup termasuk Rafique.

“Memang kita mahu generasi muda menyertai politik tetapi mereka memerlukan orang lebih dewasa, orang tua untuk menasihati mereka,” katanya ketika melawat Shah Alam, baru-baru ini.

Sementara itu, menurut sumber yang dipercayai, Mahathir turun padang ke Shah Alam selepas Rafique datang ke pejabatnya pada waktu pagi, Rabu lalu untuk memohon bantuan Mahathir untuk berkempen.



Rafique dimalukan di hadapan ratusan penduduk sekitar Seksyen 24 apabila Mahathir berkata kempen di Shah Alam tidak meriah kerana kurang bendera serta Sepang, sedangkan Selangor menawarkan peluang yang sangat baik untuk berkempen.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker