Calon BN Parlimen Masjid Tanah Optimis Pengundi Awal Memihak Kepada BN

Calon BN Parlimen Masjid Tanah Optimis Pengundi Awal Memihak Kepada BN

15 November 2022 yang lepas telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai tarikh untuk pengundi awal keluar mengundi.

Pengundi awal dikategorikan kepada anggota keselamatan seperti Tentera, Polis dan juga anggota Pasukan Gerak Am serta pasangan mereka.



Mereka dibenarkan untuk keluar mengundi awal kerana mereka adalah kumpulan yang akan bertugas semasa pilihanraya diadakan.

Hak mereka untuk mengundi adalah seperti tercatat di dalam Peraturan 27A(1) hingga (3), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

Baca di sini:

http://ppn.spr.gov.my/perlis/?page_id=2554



Di seluruh Malaysia terdapat lebih 250,000 orang yang telah berdaftar sebagai pengundi awal, manakala di seluruh Melaka pula terdapat lebih 12,000 orang pengundi awal berdaftar.

Penulis berkesempatan untuk menemui calon BN untuk parlimen Masjid Tanah, Abdul Hakim, selepas semua pusat pengundi awal ditutup.

Dalam menjawab soalan ringkas penulis kepada beliau, Abdul Hakim optimis melalui respon yang beliau terima dari pengundi awal, sokongan akan kembali kepada BN.

Dengan keyakinan ini, ianya pasti akan memberikan kelebihan kepada Abdul Hakim dalam pertembungan 4 penjuru bagi merebut kerusi parlimen Masjid Tanah.



Ianya juga akan memberikan kelebihan moral kepada jentera piihanraya BN berbanding dengan parti lain yang bertanding di parlimen Masjid Tanah.

Abdul Hakim dijangka akan mendapat saingan sengit dari penyandang kerusi parlimen Masjid Tanah, Mas Emieryati (PN) yang memenanginya atas tiket BN dalam PRU 14.

 

Calon BN Parlimen Masjid Tanah Optimis Pengundi Awal Memihak Kepada BN

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button