Rakan-Rakan Industri Mendoakan Nad Zainal

Rakan-Rakan Industri Mendoakan Nad Zainal

Rakan-Rakan Industri Mendoakan Nad Zainal
Rakan-Rakan Industri Mendoakan Nad Zainal

Umum mengetahui keadaan kesihatan pelakon berbakat, Nad Zainal merosot akibat mengalami jangkitan kuman di paru-parunya.

Menerusi Instagram hari ini, pasangan heronya dalam drama Cina Buta, Ungku Ismail Aziz memaklumkan bahawa Nad sedang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan.

“Assalamualaikum semua. Nad Zainal sedang kritikal sekarang dalam ICU. Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala. Allahumma Aamiin,” kongsinya.



 

Rakan-Rakan Industri Mendoakan Nad Zainal

Instagram Nad Jadi Tumpuan

Meninjau profil akaun Instagram milik Nad, ramai rakan-rakan industri meninggalkan komen di entri terkini yang dikongsinya dengan pelbagai doa mengharapkan dia sembuh segera.

Antara yang dilihat adalah Puan Sri Tiara Jacquelina, Datin Seri Umie Aida, Datin Paduka Eina Azman, Nora Danish, Liyana Jasmay dan ramai lagi.

 





Dalam pada itu, pengarah terkenal yang mengarahkan drama terbaru Cina Buta lakonan Nad, Shahrulezad juga berkongsi tentang perkara sama di Instagramnya dan meminta orang sama untuk mendoakan Nad Zainal.

Selain itu, pengarah berkenaan juga menejelaskan, siaran Cina Buta terpaksa ditangguhkan untuk kali kedua atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.

Tak Sihat Mulai Jumaat

Memetik kenyataan Ungku kepada portal Atro Gempak, Nad Zainal mula berasa kurang sihat pada Jumaat lalu dan berasa sukar bernafas sehari kemudian. Nad pergi ke hospital pada Ahad lalu keadaan dadanya kembali baik selepas memakan ubat yang diberi oleh doktor.

Pada malam Isnin, Nad dikejarkan ke unit kecemasan dan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas proses imbasan CT. Kesemua darah dibawa keluar dan doktor terpaksa melakukan intubasi pada petang Selasa kerana Nad mengalami masalah pernafasan.



Pada hari yang sama (semalam), Nad dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan swasta akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Sama-sama kita doakan agar Allah SWT memberi kekuatan kepada Nad Zainal dan mengurniakan kesembuhan segera untuk dirinya. Amin…

Ibu Pejabat Umno sahkan surat ‘Sulit’ palsu



 

Rakan-Rakan Industri Mendoakan Nad Zainal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ibu Pejabat Umno sahkan surat ‘Sulit’ palsu

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button