Mangsa autisme, mungkin terjatuh ketika panjat mesin basuh

Mangsa autisme, mungkin terjatuh ketika panjat mesin basuh

Mangsa autisme, mungkin terjatuh ketika panjat mesin basuh
Foto hiasan.

IPOH: Kanak-kanak berusia enam tahun yang meninggal dunia selepas ditemui dalam mesin basuh di Kampung Sungai Tapah Tambahan di Manjoi, di sini, semalam kemungkinan besar memanjat mesin terbabit sebelum terjatuh ke dalamnya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata kanak-kanak yang juga penghidap autisme itu dipercayai terjatuh ke dalam mesin terbabit sewaktu ia sedang dalam keadaan beroperasi.

“(Kes ini) masih dalam siasatan sama ada mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) autisme terjatuh ke dalam mesin semasa memanjatnya. Namun kami percaya memang (kejadian berlaku) macam itu.



“Boleh jadi mangsa terjatuh ke dalam mesin semasa ia beroperasi. Semasa kejadian terdapat pakaian sedang dicuci dalam mesin jenis pintu atas itu, namun sewaktu kanak-kanak berkenaan dijumpai neneknya mesin basuh berkenaan sudah berhenti beroperasi” katanya.

Yahaya berkata, semasa kejadian kira-kira 9.30 pagi semalam itu ahli keluarga mangsa yang lain sedang tidur, kecuali nenek kepada kanak-kanak itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?



“Mangsa dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumahnya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan diberikan bantuan kecemasan oleh petugas perubatan hospital, namun disahkan meninggal dunia jam 11.02 pagi,” katanya.

Hasil bedah siasat dijalankan Jabatan Forensik HRPB mendapati punca kematian kanak-kanak itu disebabkan kecederaan pada kepala akibat objek tumpul.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

Mangsa autisme, mungkin terjatuh ketika panjat mesin basuh

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading