2 pegawai atasan syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta

2 pegawai atasan syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta

2 pegawai atasan syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Dua pegawai atasan sebuah syarikat pembekalan air negeri ini direman sehari bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah RM3.3 juta daripada dua pemilik syarikat kontraktor. – NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

JOHOR BAHRU: Dua pegawai atasan sebuah syarikat pembekalan air negeri ini direman sehari bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah RM3.3 juta daripada dua pemilik syarikat kontraktor.

-ADVERTISEMENT-
Perintah reman itu dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar Nurzihan Abdul Rehman selepas permohonan dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini, pagi tadi, bagi membolehkan kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 16 dan 18 Akta SPRM 2009.

Dua suspek terbabit masing-masing diwakili peguam, Adzly Ab Manas dan Amarpreet Singh Rajwinder Singh.



Terdahulu, sumber SPRM dilaporkan berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia 36 dan 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang semalam.

“Siasatan dijalankan susulan beberapa aduan sekitar 2023 di mana kedua-dua suspek didakwa telah menerima wang rasuah daripada pemilik dua syarikat kontraktor.

“Ia sebagai balasan membantu syarikat terbabit memperoleh kerja-kerja perkhidmatan dan pembekalan daripada syarikat pembekalan air berkenaan.

“Suspek didakwa terbabit kesalahan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berhubung permohonan sumbangan bagi satu program berjumlah RM3.3 juta sedangkan program berkenaan tidak dilaksanakan sepenuhnya,” kata sumber itu.



2 pegawai atasan syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Adlan Berhan Dan Jho Low Akan Di Bawa Balik, Tapi Bila?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading