Resepi Sambal Penyet Berapi
Kali ni Che Nom nak share resepi yang best sebab mudah dan sangat lah praktikal untuk di simpan sebagai stok yang akan bantu memudahkan kerja mak-mak di dapur atau pun juga sebagai penyelamat dapur bujang, iaitu Sambal Penyet.
Mula-mula kita potong cili dan bahan-bahan lain untuk digoreng goreng sampai layu. Kemudian kisar dan tumis sampai sambal masak pekat dan pecah minyak. Dari dulu lagi memang Che Nom akan sentiasa masak sambal penyet dan botolkan sebab senang nak makan bersama nasi.
Sambal ni boleh juga di guna untuk masak macam-macam. Memang menjimatkan masa. Kadang-kadang Che Nom akan pek kecil dan simpan di freezer, ketahanannya berbulan-bulan. Rasa sambal peneyt ni memang sedap, pedas dan padu.
Bahan-bahan:
- 25-30 biji / 500g cili merah besar
- 60 biji / 300g cili padi merah
- 4-5 biji bawang merah
- 4 biji tomato
- 1 labu / 12 ulas bawang putih
- 3 inci belacan
- 2 sb gula
- Garam secukup rasa
- 1 sb serbuk seasoning
Cara Penyediaan:
- Cili merah dan cili padi, basuh bersih dan tos kering kemudian buang tangkai dan potong kasar (supaya cili tak meletup bila digoreng).
- Potong kasar bawang merah dan tomato (untuk pekatkan sambal dan kurangakn kepedas sambal)
- Cincang kasar bawang putih.
- Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih. Goreng sampai bawang lembut. Kemudian angkat dan toskan minyak.
- Goreng pulak cili merah dan cili padi. Goreng sampai cili lembut dan layu. Angkat dan toskan. Boleh goreng cili sekali dengan bawang tapi diseebabkan terlampau banyak jadi Che Nom goreng asing nak bagi cepat masak.
- Goreng tomato. Jangan goreng tomato dengan bahan lain sebab bila tomato banyak dia akan berair. Bila tomato lembut, angkat dan toskan.
- Kisar kesemua bahan dalam chopper. Kalau nak guna blender tambah sikit minyak sebelum kisar. Boleh jugak tumbuk sampai lumat.
- Kisar halus atau kasar ikut citarasa, tapi jangan terlalu halus nanti tak cantik bila kita masak sambal.
- Panaskan minyak dan goreng belacan sampai garing (boleh ganti kiub ikan bilis atau ikan bilis goreng).
- Masukkan bahan kisar tadi dan tumis sampai pecah minyak.
- Tambah gula, garam dan serbuk seasoning. Kacau sebati.
- Tutup api dan masukkan kedalam balang kaca.
- Tutup balang kaca tapi jangan ketatkan lagi, biar sambal sejuk dulu baru tutup rapat (biar wap naik dan kena penutup).
Tip:
- Jangan goreng tomato dengan bahan lain sebab bila tomato banyak dia akan berair.
- Kisar halus atau kasar ikut citarasa, tapi jangan terlalu halus nanti tak cantik bila kita masak sambal.
- Pastikan masak sambal dengan minyak yang banyak sebab minyak akan bantu sambal tahan lama.
- Petua untuk matikan kuman dalam sambal, selepas masukkan sambal kedalam balang tutup balang tapi jangan ketatkan lagi, biar sambal steam dan naik kena penutup.
Resepi Sambal Penyet Berapi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siasat RM600 bilion wang rakyat secara forensik.
- Hamzah atau Faizal layak ganti Muhyiddin?
- Kerajaan Perpaduan – Dilema Pengundi Cina
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :